• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: "Kita Akan Siasat Sindiket Tawar Perkhidmatan Tidak Sah, Runner, Kartel"

Loke: "Kita Akan Siasat Sindiket Tawar Perkhidmatan Tidak Sah, Runner, Kartel"

January 2, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyiasat kewujudan sindiket dan pihak yang menawarkan 'perkhidmatan tidak sah' dalam membantu kenderaan lulus ujian pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Isu itu menjadi tumpuan berikutan isu kontroversi kelulusan kenderaan 'bermasalah' di Puspakom, dan dakwaan netizen mengenai kewujudan kartel, sindiket dan runner yang membantu mendapatkan kelulusan untuk kenderaan 'bermasalah'.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi amaran selepas ditanya mengenai perkembangan kes kakitangan Puspakom dalam isu baru-baru ini.

Beliau berkata;

Pegawai Puspakom sudah datang untuk ditemu siasat. Kita sedang menyediakan laporan siasatan dan hari ini sudah berbincang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Memang kita akan bekerjasama dengan SPRM untuk mengenal pasti isu integriti dalam Puspakom. Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas bersama pihak SPRM.

"Kita nak kenal pasti juga bukan saja kes-kes terpencil ini. Apa yang penting (untuk dikenal pasti) adalah sama ada wujud sindiket yang membawa perkhidmatan tidak sah ini.

"Memang kita tahu ramai orang cakap dalam pasaran ada runner, kartel dan sebagainya supaya (kenderaan) yang tidak lulus boleh diluluskan. Kes ini kita akan teruskan siasatan dan kita sedang bekerjasama dengan pihak SPRM untuk mengenal pasti."

Mengulas mengenai operasi gempur di Puspakom, beliau berkata;

Kita akan terus siasat kenderaan-kenderaan lain dan pusat Puspakom. Kita tidak akan beri notis (pemeriksaan) kepada Puspakom kerana kalau diberitahu, sudah tentu tidak ada kes macam itu."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, Anthony Loke Siew Fook, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), PUSPAKOM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my