Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke: “Kita Akan Siasat Sindiket Tawar Perkhidmatan Tidak Sah, Runner, Kartel”
Auto Terkini

Loke: “Kita Akan Siasat Sindiket Tawar Perkhidmatan Tidak Sah, Runner, Kartel”

ShawkathBy Shawkath02/01/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyiasat kewujudan sindiket dan pihak yang menawarkan ‘perkhidmatan tidak sah’ dalam membantu kenderaan lulus ujian pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Isu itu menjadi tumpuan berikutan isu kontroversi kelulusan kenderaan ‘bermasalah’ di Puspakom, dan dakwaan netizen mengenai kewujudan kartel, sindiket dan runner yang membantu mendapatkan kelulusan untuk kenderaan ‘bermasalah’.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi amaran selepas ditanya mengenai perkembangan kes kakitangan Puspakom dalam isu baru-baru ini.

Beliau berkata;

Pegawai Puspakom sudah datang untuk ditemu siasat. Kita sedang menyediakan laporan siasatan dan hari ini sudah berbincang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Memang kita akan bekerjasama dengan SPRM untuk mengenal pasti isu integriti dalam Puspakom. Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas bersama pihak SPRM.

“Kita nak kenal pasti juga bukan saja kes-kes terpencil ini. Apa yang penting (untuk dikenal pasti) adalah sama ada wujud sindiket yang membawa perkhidmatan tidak sah ini.

“Memang kita tahu ramai orang cakap dalam pasaran ada runner, kartel dan sebagainya supaya (kenderaan) yang tidak lulus boleh diluluskan. Kes ini kita akan teruskan siasatan dan kita sedang bekerjasama dengan pihak SPRM untuk mengenal pasti.”

Mengulas mengenai operasi gempur di Puspakom, beliau berkata;

Kita akan terus siasat kenderaan-kenderaan lain dan pusat Puspakom. Kita tidak akan beri notis (pemeriksaan) kepada Puspakom kerana kalau diberitahu, sudah tentu tidak ada kes macam itu.”

Anthony Loke Anthony Loke Siew Fook Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) PUSPAKOM
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Frauscher x Porsche 790 Spectre, Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!

25/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.