PENGEDAR rasmi motosikal KTM di Indonesia, PT Penta Jaya Laju Motor (PJLM), semalam melancarkan model baharu jenama itu, termasuk mengumumkan harga KTM 250 Duke dan KTM 390 Duke di Jakarta Fair Kemayoran (JFK) 2017 sempena ulang tahun bandar raya Jakarta ke-50.
KTM 250 Duke akan dijual pada harga Rp45.9 juta (RM14,688), manakala KTM 390 Duke berharga Rp99.9 juta (RM31,968).
Menurut Presiden PJLM, Kristanto Goenadi berkata, kedua-dua model itu dilancarkan serentak memandangkan jenama KTM kini dilihat sudah mula mendapat sambutan di Indonesia.
“Sejak setahun lalu, KTM sudah mendapat maklum balas positif, terutama mengenai harga kompetitif bagi memenuhi permintaan pembeli. Jadi, kini kami tampilkan KTM 250 Duke dan 390 Duke,” katanya.
BACA >>> KTM Duke Sah Masuk Malaysia Tahun Ini - Sila Kumpul Duit Siap-Siap!
KTM 390 Duke menampilkan enjin 373 cc berkuasa 43hp dan tork maksimum 37Nm. Suspensi depan daripada jenisn terbalik atau upside-down dengan lampu depan LED dan spidometerdigital penuh. Malah, Duke 390 turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), termasuk teknologi throttle-by-wire.
Bagi KTM 250 Duke, enjin digunakan berkapasiti 250cc berkuasa 30hp dan tork 24Nm. Antara perubahan dilakukan ialah bahagian belakang dan ekzos baru yang lebih ramping, manakala kapasiti tangki ialah 13.4 liter.
Mungkinkah pasaran KTM selepas Indonesia ialah Malaysia? Lagipun, KTM Malaysia sebelum ini memang ada memaklumkan dua model tersebut (250 Duke dan 390 Duke), termasuk KTM 200 Duke memang akan dibawa masuk ke pasaran tempatan tahun ini. Tetapi, berapa pula harganya?
SUMBER: DapurPacu
Leave a Reply