• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Indonesia Umum Harga KTM 250 Duke dan 390 Duke, Malaysia Selepas Ini?

Indonesia Umum Harga KTM 250 Duke dan 390 Duke, Malaysia Selepas Ini?

June 9, 2017 By Azhan O Leave a Comment

761
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi motosikal KTM di Indonesia, PT Penta Jaya Laju Motor (PJLM), semalam melancarkan model baharu jenama itu, termasuk mengumumkan harga KTM 250 Duke dan KTM 390 Duke di Jakarta Fair Kemayoran (JFK) 2017 sempena ulang tahun bandar raya Jakarta ke-50.

KTM 250 Duke akan dijual pada harga Rp45.9 juta (RM14,688), manakala KTM 390 Duke berharga Rp99.9 juta (RM31,968).

KTM 250 Duke
KTM 390 Duke

Menurut Presiden PJLM, Kristanto Goenadi berkata, kedua-dua model itu dilancarkan serentak memandangkan jenama KTM kini dilihat sudah mula mendapat sambutan di Indonesia.

“Sejak setahun lalu, KTM sudah mendapat maklum balas positif, terutama mengenai harga kompetitif bagi memenuhi permintaan pembeli. Jadi, kini kami tampilkan KTM 250 Duke dan 390 Duke,” katanya.

BACA >>> KTM Duke Sah Masuk Malaysia Tahun Ini - Sila Kumpul Duit Siap-Siap!

KTM 390 Duke menampilkan enjin 373 cc berkuasa 43hp dan tork maksimum 37Nm. Suspensi depan daripada jenisn terbalik atau upside-down dengan lampu depan LED dan spidometerdigital penuh. Malah, Duke 390 turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), termasuk teknologi throttle-by-wire.

Bagi KTM 250 Duke, enjin digunakan berkapasiti 250cc berkuasa 30hp dan tork 24Nm. Antara perubahan dilakukan ialah bahagian belakang dan ekzos baru yang lebih ramping, manakala kapasiti tangki ialah 13.4 liter.

Mungkinkah pasaran KTM selepas Indonesia ialah Malaysia? Lagipun, KTM Malaysia sebelum ini memang ada memaklumkan dua model tersebut (250 Duke dan 390 Duke), termasuk KTM 200 Duke memang akan dibawa masuk ke pasaran tempatan tahun ini. Tetapi, berapa pula harganya?

SUMBER: DapurPacu

Artikel Berkaitan

761
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Duke, Jakarta Fair Kemayoran (JFK), KTM 250 Duke, KTM 390 Duke, KTM Duke, PT Penta Jaya Laju Motor (PJLM), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my