• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Harga EV CBU di Malaysia Dijangka Meningkat Menjelang 2026

Kajian: Harga EV CBU di Malaysia Dijangka Meningkat Menjelang 2026

December 30, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


HARGA kenderaan elektrik (EV) diimport penuh (CBU) dijangka meningkat selepas tamat pengecualian duti import dan eksais pada akhir 2025.

RHB Investment Bank meramalkan Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk tujuan pemasangan tempatan (CKD) dengan pengecualian cukai untuk EV CKD akan berlanjutan hingga akhir 2027.

Walaupun EV CBU mungkin mendapat manfaat daripada pembatalan harga minimum RM100,000 selepas 2025, kenaikan cukai akan menyebabkan harga EV import tetap tinggi.

Kajian RHB menunjukkan hanya EV CBU boleh meningkat mendadak dengan cukai eksais antara 75-105 peratus, sama seperti kereta enjin pembakaran dalaman (ICE), selain cukai jualan 10 peratus. Maklum balas daripada pengedar EV juga mengesahkan jangkaan ini.

Walaupun permintaan untuk EV dijangka meningkat selepas tamat pengecualian cukai, RHB berpendapat tidak akan memberi kesan ketara kepada jumlah jualan industri (TIV) kerana pasaran EV tempatan masih kecil, iaitu sekitar 2 peratus daripada jualan kereta tahun ini.

Selain kekurangan infrastruktur, aspek pengecasan menjadi cabaran besar bagi pengembangan EV, dengan hanya 3,354 stesen pengecasan awam di seluruh negara setakat Oktober tahun ini, jauh dari sasaran 10,000 stesen menjelang 2025.

RHB juga meramalkan TIV 2025 akan menurun kepada 730,000 unit, berkurangan 8 peratus daripada unjuran 790,000 unit untuk 2024, disebabkan kesan asas tinggi dan kurangnya faktor menarik untuk mengekalkan jualan pada tahap semasa.

Penurunan TIV EV dijangka lebih banyak disumbangkan jenama bukan nasional yang berdepan persaingan sengit daripada pengeluar China. Walaupun Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) tidak disebut dalam Belanjawan 2025, tetapi masih berpotensi dilaksanakan dan memberi kesan negatif terhadap industri automotif.

Selain itu, penarikan balik subsidi RON95 pada pertengahan 2025 juga boleh meningkatkan kos pemilikan kereta, sekali gus mendorong pengguna beralih kepada EV atau pengangkutan awam.

Dalam perkembangan lain, RHB juga mengulas tentang pengukuhan Ringgit Malaysia (RM) yang memberi manfaat kepada pengeluar automotif tempatan seperti Sime Darby dan Tan Chong Motor kerana pembelian CBU dan alat ganti CKD kebanyakannya dalam mata wang asing.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jumlah Industri Keseluruhan (TIV), kajian, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Import Penuh (CBU), Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD), RHB Investment Bank

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev