• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Cerita Pasal Pemandu Kenderaan Komersial Tiada Lesen dan Dilema Pihak Berkuasa

#SembangDeras: Cerita Pasal Pemandu Kenderaan Komersial Tiada Lesen dan Dilema Pihak Berkuasa

December 26, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KITA akan melangkah ke tahun baharu dalam beberapa hari lagi, tetapi masih ada lagi bas ekspres, persiaran dan treler di jalan raya Malaysia dikendali mereka yang tiada lesen memandu.

Malah, ada juga pemandu yang tiada kelayakan memandu kenderaan komersial, termasuk tiada Lesen Memandu Vokasional (LMV) yang tanpa berasa salah memandu lori kontena di lebuh raya. Adakah manusia seperti ini akan memikirkan nyawa pengguna jalan raya lain?
Pelbagai cerita membimbangkan ini hanya akan kita ketahui selepas golongan seperti ini ditahan dalam operasi agensi penguatkuasaan atau berlaku kemalangan ngeri. Saya kongsikan tiga cerita yang berlaku baru-baru ini sebagai contoh:

KES PERTAMA

Hasil operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang - 25 Disember 2024

  • Seorang pemandu bas ekspres didapati tiada lesen memandu
  • Seorang pemandu lori kontena bawah umur. Berusia 20 tahun dan tiada lesen vokasional
  • Treler dan bas disita
  • 25 bas persiaran dan bas ekspres dikenakan saman kerana tiada pemandu kedua untuk pemanduan lebih 300km atau lebih 4 jam berterusan
  • 23 bas tiada buku log atau gagal kemas kini buku log
  • 1 kes tiada pemandu pelancong
  • Jumlah saman dikeluarkan: 273 atas pelbagai kesalahan dan kesalahan teknikal

KES KEDUA

Operasi JPJ Melaka dekat Plaza Tol Lipat Kajang - 25 Disember 2024

  • Pemandu bas tiada lesen memandu sah dikesan
  • Bas persiaran disita selain mengeluarkan saman

KES KETIGA

Operasi JPJ Selangor di Plaza Tol Puchong Barat - 24 Disember 2024

  • Seorang pemandu lori kurier dikesan memandu tanpa lesen sah dan cukai jalan tamat tempoh
  • JPJ Sita dua lori dan 23 motosikal dalam operasi tersebut

PURATA 3 LORI KEMALANGAN SEHARI

Artikel tentang statistik kemalangan membabitkan kenderaan komersial pernah kami siarkan pada Jun dan November lalu.

Tidak lupa juga laporan hampir 20,000 lori terlibat kemalangan dalam tempoh enam bulan pertama 2022 sehingga JPJ berani menyatakan mereka dan SPRM mahu gempur PUSPAKOM. Saya mungkin terlepas apa hasil usaha gempur JPJ-SPRM di PUSPAKOM.

Pada Disember tahun sama, PUSPAKOM sudah selamat menjalani majlis angkat sumpah dengan SPRM dan meminta kerjasama semua pihak supaya memainkan peranan memutuskan rantaian rasuah. Ini satu perkembangan positif!

Baru-baru ini, mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi Facebook mengulas mengenai insiden tragis terbaharu di Lebuhraya PLUS yang meragut tujuh nyawa. Antara kata-kata beliau:

Sebanyak 825 kemalangan maut melibatkan lori direkodkan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini dengan purata nahas 3 lori dalam sehari seperti yang didedahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam laporan ini sangat membimbangkan."

JPJ SERIUS KE BUAT KERJA?

Sejurus berlaku kemalangan berdarah melibatkan banyak nyawa, sudah tentu agensi dan menteri berkaitan masing-masing akan mengeluarkan kenyataan rasmi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkongsi kenyataan di Facebook dengan mengarahkan JPJ lakukan siasatan susulan. JPJ Malaysia juga mengeluarkan kenyataan menerusi medium sosial mereka dengan menggariskan 2025 sebagai Tahun Penguatkuasaan tanpa berkompromi.

Hakikatnya, JPJ sedang menjalankan penguatkuasaan lebih tegas terhadap kenderaan komersial dan bas penumpang sejak insiden berdarah di KM204 Lebuhraya PLUS Arah Utara dekat Ayer Keroh.

Bukan bermaksud bila kejadian berlaku baru nak bertindak. JPJ sebenarnya giat menjalankan operasi demi operasi secara berkala tetapi tak semua perkara diceritakan secara umum.

Kejadian pada 23 Disember lalu menyaksikan netizen membidas JPJ termasuk segelintir yang menganggap JPJ sibuk buat duit dengan jual nombor plat dan keluarkan saman nombor plat.

Bak kata seorang kenalan, JPJ ada skop tugas luas yang melibatkan pelbagai aspek dan tanggungjawab serta bukannya sekadar menumpukan masa 24 jam untuk jaga kenderaan komersial.

Mungkin ada yang sukar menerima kenyataan itu tetapi apa yang dikatakan itu ada logiknya. Siapa mahu perkara sebegini terus berlaku apatah lagi melibatkan nyawa manusia.

NASIHAT BUAT OPERATOR PENGANGKUTAN, PEMANDU

Mereka yang menguruskan syarikat pengangkutan kenderaan komersial sepatutnya menitikberatkan langkah pencegahan awal risiko kejadian kemalangan awal.

Sifat ambil lewa dan fokus berpaksikan untung dengan menjimat kos semata-mata tidak seharusnya dijadikan cara berniaga. Tolong hentikan perbuatan sewa tayar dan peralatan di bengkel-bengkel untuk lepas ujian pemeriksaan PUSPAKOM.

Jangan cemari rezeki yang akan jadi makan minum dengan darah, keselamatan nyawa orang lain serta tangisan waris. Kepada pemandu, jika tahu ada benda tidak sepatutnya berlaku atau dibuat pihak majikan, buatlah laporan senyap-senyap kepada pihak berkaitan.

Jaga diri, penuhi semua syarat ditetapkan Kerajaan dan jangan bersekongkol kerana sekiranya berlakunya benda tidak diingini, anda dan keluarga sendiri turut terpalit dan pasti diheret ke mahkamah kelak. Sama ada di sini atau ‘di sana’.

Bukan semua pemandu kenderaan komersial itu tiada rasa tanggungjawab. Ramai pemandu masih berhati perut. Jangan kita jadi hakim dengan memukul rata melabel itu ini. Al-Fatihah buat mangsa-mangsa nahas...

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: autoterkini, Isu Semasa, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Kenderaan Komersial, nahas sekeluarga lebuhraya plus, sembangderas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini
    WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev