• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 652 Kes Kemalangan Kenderaan Berat Sepanjang Jan-Mac 2024

652 Kes Kemalangan Kenderaan Berat Sepanjang Jan-Mac 2024

June 24, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebanyak 652 kemalangan membabitkan kenderaan berat direkodkan sepanjang suku pertama tahun 2024.

Statistik kemalangan itu melibatkan pelbagai jenis kenderaan berat termasuk lori kontena, lori kecil dan bas ekspres yang berpunca akibat empat sebab utama.

PUNCA KEMALANGAN KENDERAAN BERAT

  • Kecuaian pemandu mengantuk.
  • Memandu melebihi had laju yang dibenarkan.
  • Kenderaan membawa lebih muatan.
  • Kenderaan tidak diselenggara dengan baik.

PECAHAAN KEMATIAN, KECEDERAAN

  • Kematian: 287 orang
  • Kecederaan parah: 95 orang
  • Kecederaan ringan: 270 orang

JUMLAH SAMAN

  • Sepanjang tahun 2023, sebanyak 45,015 notis saman dikeluarkan melibatkan kesalahan muatan bahaya dan lebih muatan.
  • Januari sehingga April 2024 pula menyaksikan 9,214 notis saman dikeluarkan.

APA TINDAKAN MOT MELALUI JPJ

  • Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan kajian dari semasa ke
    semasa berhubung strategi terbaik untuk menangani isu kenderaan berat yang tidak patuh peraturan sehingga menyebabkan kemalangan di jalan raya.
  • Salah satu tindakan utama dilaksanakan untuk menangani isu itu ialah menggiatkan aktiviti penguatkuasaan JPJ melibatkan peraturan had muatan kenderaan dan halaju kenderaan berat.
  • JPJ melakukan operasi melalui 53 buah Stesen Penguatkuasa (atau stesen timbang) di seluruh negara.
  • JPJ juga dibekalkan sebanyak 75 unit alat timbang mudah alih untuk tujuan penguatkuasaan sama.

MOT, KKR BANGUNKAN HS-WIM

  • MOT dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) kini dalam proses akhir membangunkan sistem High Speed - Weigh in Motion (HS-WIM).
  • HS-WIM membolehkan aktiviti penguatkuasaan kenderaan berat dibuat secara masa sebenar atau automatik tanpa memerlukan kenderaan itu perlu berhenti untuk ditimbang.
  • Sistem HS-WIM juga mengurangkan kebergantungan kepada jumlah tenaga manusia atau anggota
    penguatkuasaan yang tinggi.
  • Anggota penguatkuasa boleh melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di lokasi-lokasi lain yang tidak
    dipasang sistem HS-WIM.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jumlah kemalangan kenderaan berat, Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Roda4, sistem High Speed - Weigh in Motion (HS-WIM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #TahukahAnda: Asal Usul 'Double Line', Malaysia Bukan Negara Pertama Buat Garisan Kembar!
    #TahukahAnda: Asal Usul 'Double Line', Malaysia Bukan Negara Pertama Buat Garisan Kembar!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #Perbandingan: Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH, Mana Satu Nak Pilih?
    #Perbandingan: Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH, Mana Satu Nak Pilih?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev