• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengguna Jalan Raya Diminta Naikkan Imej Negara Sempena Kepengerusian ASEAN 2025

Pengguna Jalan Raya Diminta Naikkan Imej Negara Sempena Kepengerusian ASEAN 2025

December 17, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) meminta pengguna jalan raya mempamerkan sikap positif di jalan raya sempena Malaysia menjadi tuan rumah untuk Kepengerusian ASEAN 2025.

Nasihat itu dinyatakan dalam kenyataan akhbar di Facebook dengan mendedahkan jumlah statistik kesalahan melanggar lampu isyarat merah didapati yang semakin serius sepanjang tahun ini.

logo-pdrm
mesyuarat-asean-2025-logo

JSPT dalam kenyataan berkata;

Bersempena Malaysia yang dipilih sebagai tuan rumah Kepengerusian ASEAN 2025, masyarakat dan semua pengguna jalan raya hendaklah sentiasa mempamerkan sikap lebih bertanggungjawab, mematuhi peraturan dan arahan daripada pihak berkuasa dan berdisiplin bagi menaikkan imej negara.

"JSPT juga menyeru semua pengguna jalan raya sentiasa berada dalam keadaan fokus semasa memandu dan tidak tergesa-gesa melintas lampu isyarat merah."

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan pelancaran kenderaan elektrik Proton e.MAS 7 yang akan digunakan sebagai kereta rasmi Kepengerusian ASEAN 2025.

Berdasarkan statistik dikongsi JSPT, jumlah pengguna jalan raya yang disaman atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah adalah 95,298 notis sepanjang 11 bulan pertama 2024.

STATISTIK SAMAN LANGGAR LAMPU MERAH

  • Jumlah saman: 95,298
  • Motosikal: 39,468
  • Kereta: 44,889
  • Lori: 3,937
  • Lain-lain: 7,004

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, kemalangan, Kepengerusian ASEAN 2025, kes langgar lampu merah, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
    TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev