CHERY Malaysia melancarkan kampen 'Great Year-End Lucky Draw' dengan menawarkan peluang untuk memenangi kenderaan Chery baharu dan hadiah cabutan bertuah bernilai lebih daripada RM150,000.
Kempen yang sedang berlangsung bermula dari 1 hingga 31 Disember 2024 ini merupakan sebahagian daripada komitmen Chery Malaysia untuk memberikan nilai dan pengalaman yang luar biasa kepada para pelanggan.
Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Michael Chew berkata;
Ramai pembeli sering menantikan bulan Disember untuk membeli-belah dan meraikan cuti akhir tahun mereka bersama rakan dan keluarga."
“Di Chery, kami ingin menambah lagi keseronokan musim cuti akhir tahun mereka dengan
memperkenalkan cabutan bertuah khas ini."
Kempen ini dibuka kepada semua pelanggan yang telah membeli dan mendaftarkan kenderaan Chery baharu mereka dalam tempoh kempen ini berlangsung. Berikut antara hadiah yang akan menanti pemenang:
- Chery Omoda 5 (hadiah utama)
- Peralatan rumah
- Konsol permainan video
- Baucar membeli-belah
Sementara itu, Chery Malaysia turut menawarkan promosi istimewa untuk barisan kenderaan mereka. Berikut antara promosi model-model Chery yang ditawarkan:
Bagi pembelian Chery Omoda E5 ini akan didatangkan dengan jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000km, jaminan bateri 8 tahun atau 160,000km, dan jaminan unit pemanduan 8 tahun atau 160,000km yang meliputi komponen-komponen seperti:
- Kuasa Motor (Power Motor)
- Unit Kawalan Kuasa Motor (Power Motor Control Unit)
- Pengurusan Sistem Kuasa Bateri (Power Battery Management System)
- Unit Kuasa Kenderaan (Vehicle Control Unit)
Tambahan pula, Chery Malaysia juga menawarkan pertukaran bateri satu-dengan-satu jika tahap kesihatan bateri jatuh di bawah 70% semasa tempoh jaminan.
Manakala model-model seperti Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro, dan Omoda 5 pula ditawarkan dengan jaminan kenderaan komprehensif 7 tahun atau 150,000km bersama dengan perkhidmatan buruh percuma selama 5 tahun.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila lawati mana-mana cawangan Chery di seluruh Malaysia atau layari laman sesawang www.chery.my.
Leave a Reply