HIDANGAN buat peminat Ducati datang lagi dan kali in dalam bentuk Ducati Multistrada V2 S dan V2 2025 yang menyusul selepas Panigale dan Streetfighter V2 pada November lalu.
Selain enjin V2 baharu, berat Ducati Multistrada 2025 ini 18kg lebih ringan berbanding dahulu, iaitu 199kg (tanpa bahan api), paling rendah dalam segmen touring (V2 S, 202kg). Berat ringan ini membantu dari segi keseronokan tunggangan, penggunaan bahan api, prestasi dan pengendalian.
Berikut ulasan mengenai Ducati Multistrada 2025:
Rekabentuk Lebih Harmoni
- Rekabentuk masih mengekalkan identiti dengan perubahan dibuat supaya lebih harmoni. Seperti model baharu lain, Ducati turut menumpukan kepada penambahbaikan aspek keselesaan terma (haba).
- Visor angin boleh laras di depan dengan perlindungan tinggi direka mengikut kajian aerodinamik teliti yang turut melibatkan ciri deflektor disepadu.
- Lampu utama besar dan lampu siang (DRL) dipengaruhi Panigale dan Multistrada V4 baharu dengan rekaan nyalaan ibarat kening.
- Beak atau paruh kini lebih pendek dan disepadu dengan visor angin. Dari sisi nampak janggal, tetapi diimbangkan dengan otot dan urat mesin V2 baharu serta swingarm berlubang.
- Lampu signal belok dipindahkan dari gad tangan, dan dibenamkan dalam panel sisi yang membolehkan fairing mengalirkan udara segar ke arah penunggang.
- Ekor belakang kini tampil langsing berikutan hendal lebih pendek dan direka baharu untuk lebih fungsional dan ergonomik.
Lebih Ergonomik
- Mengenai ergonomik pula, Ducati memberi perhatian mendalam kepada aspek keselesaan yang mana pelana direka semula dengan ruang pembonceng dipertingkat untuk torso dan ruang kaki selepas kotak belakang dan sisi dianjak ke belakang.
- Pelana penunggang boleh dilaras ketinggian 2-tetapan, iaitu 850mm atau 830mm. Malah, pelangggan juga boleh memesan pelana dengan tinggi 870mm atau 810mm.
- Varian V2 S dengan suspensi semi aktif DSS (Ducati Skyhook Suspension) dan sistem prabeban minimum membolehkan pelana diturunkan lagi hingga 790mm.
Enjin Ringan, Tapi Padu
- Berat motosikal rendah turut disumbangkan enjin V2 890cc yang hanya seberat 54.9kg.
- Enjin V-Twin 90º dengan injap pemasaan variabel IVT menghasilkan output kuasa 115hp dan tork 92Nm.
- Angka 70 peratus tork maksimum tersedia pada rev 3,500rpm dan tidak menyusut bawah 75 peratus dalam julat 3,500-11,000rpm.
- Nisbah gear direka khusus untuk Multistrada dengan gear satu dan dua lebih pendek pada halaju rendah dan pecutan bersama bebanan penuh.
Casis Dipertingkat
- Casis Multistrada menggunakan frem, subfrem dan swingarm baharu nampak cantik yang ditambah ekzos baharu yang merentang ke atas.
- Kedua-dua V2 S dan V2 menggunakan rim 19 inci di depan dan 17 inci (belakang) yang dibalut tayar Pirelli Scorpion Trail II.
Di Britain, Ducati Multistrada V2 2025 dijual pada harga £13,995 (RM79,050), manakala Ducati Multistrada V2 S 2025 berharga £16,390 (RM92,580).
Ducati Multistrada V2 S 2025
- Piliahan warna Ducati Red (merah), Storm Green (hijau).
- Enjin V2 890cc 90° V-Twin dengan injap IVT
- Output kuasa 115hp @ 10,750rpm, dan tork 92Nm @ 8,250rpm.
- Berat kasar 202kg (tanpa bahan api)
- Frem monokok aluminium
- Kapasiti tangki 19 liter
- Sistem suspensi Ducati Skyhook dengan mod pengurusan suspensi dan fungsi prabeban minimum
- Fork Marzocchi kawalan elektronik 45mm dengan jarak travel 170mm (depan), dan monoshock Sachs kawalan elektronik dengan jarak travel 170mm (belakang)
- Rim aluminium 19 inci (depan), dan 17 inci (belakang) dengan tayar Pirelli Scorpion Trail II
- Brek cakera kembar Brembo 320mm (depan), dan cakera tunggal Brembo 265mm (belakang)
- Unit pengurusan inersia 6-paksi (6D IMU), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan fungsi belokan, kawalan traksi Ducati Traction Control (DTC), kawalan wheelie Ducati Wheelie Control (DWC), anjakan gear pantas Ducati Quick Shift (DQS) 2.0, dan Kawalan Brek Enjin (EBC)
- Panel meter TFT 5 inci baharu dengan suis hendal baharu dengan sistem multimedia Ducati Multimedia System (DMS).
- Ada lima mod tunggang: Sport, Touring, Urban, Enduro, dan Wet
- Ada empat mod kuasa: High, Medium, Low, dan Off-Road
- Lampu utama LED penuh dengan lampu siang (DRL) dan ciri lampu aluan Coming Home
- Lampu brek Ducati Brake Light EVO
- Dilengkapi ciri Kawalan Jelajah
Ducati Multistrada V2 2025
- Pilihan warna Ducati Red (merah)
- Sistem suspensi fork Marzocchi kawalan mekanikal 45mm dengan jarak travel 170mm (depan), dan monoshock Sachs kawalan mekanikal dengan jarak travel 170mm
- Dilengkapi sistem multimedia Ducati Multimedia System (DMS)
Leave a Reply