• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Shell Malaysia Tambah Baik Program Kesetiaan kepada Tiga Peringkat, Tawar Ganda Mata Ganjaran

Shell Malaysia Tambah Baik Program Kesetiaan kepada Tiga Peringkat, Tawar Ganda Mata Ganjaran

November 14, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SHELL Malaysia dan BonusLink mengumumkan pembaharuan program ganjaran dan kesetiaan yang kini dengan struktur tiga peringkat serta gandaan mata ganjaran hingga lima kali ganda.

Sempena penstrukturan kutipan mata ganjaran, Shell Malaysia dan BonusLink mengajak orang ramai menyertai program tersebut untuk menikmati lebih banyak penjimatan ketika membuat pembelian runcit atau bahan api di stesen Shell.

Shell Malaysia menyatakan program kesetiaan ganjaran itu sudah memiliki lebih 14.9 juta ahli di seluruh negara. Pembaharuan program itu kini membolehkan pelanggan menggandakan kutipan mata ganjar mengikut peringkat iaitu:

  • Silver: Gandaan 1.5 kali poin
  • Gold: Gandaan 3 kali poin
  • Platinum: Gandaan 5 kali poin

Sebagai tambahan, tempoh ganjaran sudah dilanjutkan kepada dua bulan untuk membolehkan ahli menggandakan kutipan poin bagi memaksimumkan manfaat.

Pelanggan juga disaran beralih kepada penggunaan aplikasi Shell App untuk membuat bayaran supaya dapat mengakses lebih banyak ganjaran eksklusif berbanding penggunaan kad fizikal.

Pengurus Besar Shell Malaysia, Seow Lee Ming berkata;

Selama beberapa tahun, program ganjaran sudah menjadi sebahagian hubungan jenama-pelanggan. Tetapi di Shell, kami memberi fokus supaya pelanggan mendapat nilai terbaik setiap kali berkunjung (ke premis stesen Shell).

"Bersama BonusLink, kami memperbaharui ganjaran program untuk manfaat semua orang, bukan hanya untuk golongan  berbelanja besar. Dengan setiap kunjungan di Shell, ganjaran anda berganda, jadi lebih mudah melalui Shell App.

"Sejak kami melancarkan Shell App pada 2023, kami menerima banyak maklum balas bagaimana untuk menambah baik pengalaman pembayaran. Jadi, kami gembira memperkenalkan naik taraf Shell App, menjadikannya cara kegemaran untuk membuat pembayaran bahan api di Shell.

"Naik taraf ini mengukuhkan komitmen kami untuk menawarkan nilai lebih baik kepada pelanggan, memastikan setiap ringgit yang dibelanja membawa lebih banyak manfaat dan lebih memudahkan, serta lebih menambah baik pengalaman."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, BonusLink, kempen shell, Program mata ganjaran, roda2, Roda4, Seow Lee Ming, Shell App, Shell Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my