Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Toyota Land Cruiser ROX Bangkitkan Nostalgia Land Cruiser Bumbung Terbuka
Bikin Auto

Toyota Land Cruiser ROX Bangkitkan Nostalgia Land Cruiser Bumbung Terbuka

Abang HirataBy Abang Hirata17/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGGUNA di Amerika Syarikat (AS) bukan saja gemar menikmati kereta cabriolet atau bumbung terbuka ketika musim panas, tetapi juga jip atau kenderaan utiliti sukan (SUV).

Jip sebegitu banyak dibuat puluhan tahun dahulu dan kini dibangkitkan kembali melalui Toyota Land Cruiser ROX atau Recreation Open eXperience.

Sayangnya, Land Cruiser ini hanya sebuah model konsep yang menarik seandainya dijadikan kenyataan. Projek Recreation Open eXperience ini diterajui studio Toyota Amerika Utara, Pusat Penyelidikan Rekabentuk Calty di Ann Arbor, Michigan yang cuba membayangkan semula Land Cruiser bumbung terbuka pada masa lalu.

Calty adalah sebahagian pasukan rekabentuk global yang membangunkan Land Cruiser 250 2024 baharu.

Sebuah Land Cruiser baharu dijadikan objek ubah suai dengan lebih 50 peratus bahagian kereta diubah. Bayangkan, daripada sebuah Land Cruiser dijadikan sebegini rupa ibarat sebuah kereta baharu.

Projek ini dibuat bersama Pusat Teknikal Toyota hingga menghasilkan peralatan mengecap (stamping) untuk pengeluaran panel dan komponen badan.

PERINCIAN

Kabin kereta dimasuki melalui pintu buatan khas singkat di bawah dan dibentangi alang tinggi dan besi pelindung. Bumbung diganti penutup boleh ditolak dari depan ke belakang untuk menikmati langit terbuka.

Lagi menarik, pintu tengah untuk laluan dari kabin ke bed belakang. Penutup pintu bed pula ada alas terbina atau pelapik untuk duduk.

Pada bahagian dalaman, suasana klasik dan ceria dinaikkan kulit Heritage Orange dan menariknya sulaman pada kerusi seperti anyaman tikar mengkuang.

Untuk membawa barangan, Land Cruiser ROX ini dilengkapi rak bumbung menarik dan bar sport dengan panel jenis berlubang untuk mengikat barang. Tong yang disimpan kemas pada sisi bed boleh diguna untuk pengisian cecair.

Bambar depan dan belakang siap dengan cangkuk dan panel bawah dipasang untuk perlindungan, manakala braket fender lebar sisi menyediakan ruang untuk rim 18 inci yang direka khas Calty.

Warna badan lembut diilhamkan daripada Spring Green, iaitu warna vintaj Land Cruiser sebagai tribut kepada legasi model ini.

Untuk kegunaan lasak, suspensi asal diganti set khas TRD dengan kit peninggi 4 inci dipasang dengan trek dilebarkan 8 inci melalui lengan kawalan depan dan belakang daripada aluminium tempa.

Projek ini boleh dikatakan luar biasa dan seperti diperkata, SUV baharu dengan bumbung terbuka begitu terhad di pasaran. Satu yang menggembirakan sekiranya Toyota mampu menjadikan model konsep ini satu kenyataan.

Screenshot
Screenshot
Roda4 Toyota Toyota Land Cruiser Toyota Land Cruiser ROX Trak Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
    Roda4

    Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

    12/03/2026
    Audi Q7 S Line 2025 CKD
    Roda4

    Audi Q7 S line CKD Kini Berharga RM399,990, SUV 7-Kerusi dengan Enjin V6 3.0L

    10/03/2026
    Lotus Eletre X Hybrid 2026
    HEV

    Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

    09/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.