• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Jual Saham dalam Mitsubishi, Mitsubishi Beli Balik

Nissan Jual Saham dalam Mitsubishi, Mitsubishi Beli Balik

November 8, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


NISSAN Motor Co Ltd pada 7 November lalu mengumumkan penjualan 149,028,300 saham atau sekitar 10.02 peratus pegangan dalam Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

Sebelum penjualan ITU, Nissan memiliki 34.07 peratus pegangan, atau 506,620,577 saham dalam MMC.

Mitsubishi-Logo-2
logo-nissan-baru

Saham tersebut dijadual untuk dijual pada harga penutupan saham (termasuk harga akhir istimewa), iaitu 460.6 yen (RM13.24) melalui pembelian off-floor Bursa Saham Tokyo.

Transaksi itu membantu strategi pengurusan MMC dan meningkatkan keanjalan kewangan Nissan, sekali gus membuka laluan untuk peluang pertumbuhan masa depan.

Dalam makluman berasingan, MMC mengambil keputusan membeli semula saham daripada Nissan Motor selepas menimbang kaedah bagi meningkatkan kecekapan modal dan menambah pulangan pemegang saham.

Kedua-dua pengeluar itu akan meneruskan usahasama bagi memacu inovasi dan memberikan nilai baik kepada pemegang saham masing-masing.

Pengeluar dalam Pakatan (Renault-Nissan-Mitsubishi) pula sedang giat dalam mewujudkan projek nilai tinggi yang seiring perkembangan industri. Sejak menjalin hubungan, Nissan dan Mitsubishi banyak melakukan perkongsian perniagaan. Misalnya di Jepun melalui NMKV Corporation (NMKV) yang ditubuhkan pada 1 Jun 2011.

Model pertama dikeluarkan NMKV ialah Nissan Dayz , Mitsubishi eK Wagon dan Mitsubishi eK Custom yang dilancar secara rasmi pada Jun 2013.

Nissan Sakura.03
Mitsubishi eK X EV.01

Perkongsian diteruskan melalui Nissan Dayz Roox, Mitsubishi eK Space, eK Space Custom, eK Cross dan eK Cross Space. Tidak hanya kereta dengan enjin pembakaran dalaman (ICE), kedua-dua pengeluar turut menawarkan kenderaan elektrik bateri (BEV) Nissan Sakura dan Mitsubishi  eK X EV (foto atas) pada 2022.

Di luar Jepun, Nissan menjenamakan semula Mitsubishi Xpander sebagai Livina, manakala Mitsubishi Outlander generasi keempat diasaskan daripada Nissan Rogue atau X-Trail T33.

mitsubishi-asx-all-new-2023-9
Renault Captur Pre-Facelift

Dalam Pakatan itu juga Mitsubishi menjenamakan semula Renault Captur sebagai Mitsubishi ASX dan bakal melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C dengan trenkuasa petrol dan hibrid untuk pasaran Eropah. Kedua-duanya dikeluarkan Renault Group untuk pasaran Eropah.

Garis Masa Nissan Beli Pegangan Saham Mitsubishi
  • 2000: Nissan beli 3.4 peratus pegangan
  • 2004: Nissan tingkatkan pegangan kepada 20 peratus
  • 2008: Pegangan dalam Mitsubishi kekal 20 peratus
  • 2016: Nissan tingkatkan pegangan kepada 34 peratus
  • November 2024: Nissan kurangkan pegangan sebanyak 10.02 peratus
Garis masa Perikatan Renault-Nissan-Mitsubishi
  • 1999: Penubuhan Perikatan Renault-Nissan
  • 2016: Penyertaan Mitsubishi dan penubuhan Perikatan Renault-Nissan-Mitsubishi

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mitsubishi, Mitsubishi Beli Saham Nissan, Nissan, Nissan-Renault-Mitsubishi Alliance, Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev