• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JAC Motors Rasmi Bertapak di Malaysia, Tawar Pelbagai Kenderaan Komersial ICE dan EV

JAC Motors Rasmi Bertapak di Malaysia, Tawar Pelbagai Kenderaan Komersial ICE dan EV

October 21, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


ANTARA pengeluar automotif paling inovatif dan serba boleh di China, JAC Motors secara rasmi meluaskan pasaran di Malaysia dengan memperkenalkan pelbagai pilihan kenderaan elektrik (EV) komersial, sekali gus bersedia memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam penyelesaian mobiliti termaju dan mampan.

JAC Motors juga menawarkan barisan produk komprehensif seperti trak tugas ringan, sederhana, dan berat, termasuk kenderaan penumpang, dan EV canggih. Berikut antara model JAC yang bakal dilancarkan di Malaysia:

  • JAC i40 EV (trak tugasan ringan EV)
  • JAC i75 EV (trak tugasan sederhana EV)
  • JAC i90 EV (trak tugasan sederhana EV)
  • JAC N50 Diesel (trak tugasan sederhana diesel)
  • JAC N80 Diesel (trak tugasan sederhana diesel)
  • JAC T9 Diesel (trak pikap diesel)
  • JAC T9 EV (trak pikap EV)

Sejak 1964, JAC Motors sudah beroperasi di 132 negara dengan jualan tahunan mencecah 600,000 unit dan mendapat pengiktirafan peringkat global. Malah, pengeluar ini kekal menjadi pengeksport trak ringan nombor satu China selama 14 tahun berturut-turut.

Pencapaian tersebut membuka peluang kepada jenama itu menjadi pemain utama dalam pasaran tenaga konvensional dan baharu.

Perkongsian global bersama Volkswagen, NIO, CATL dan Cummins serta kerjasama dengan vendor seperti Aisin, Bosch, dan Hankook turut memacu kelebihan teknologi JAC, membolehkan kemajuan dalam pertukaran bateri, bahan api hidrogen, elektrifikasi dan mobiliti pintar. Kerjasama ini juga memastikan produk JAC memenuhi piawaian antarabangsa untuk kualiti dan keselamatan.

Setakat ini terdapat 27 fasiliti pengeluaran seluruh dunia, termasuk 19 kilang CKD di luar negara. JAC menggunakan proses termaju seperti kilang digital dan kilang gelap (automasi penuh). Contohnya, Pangkalan Kenderaan Komersial Hefei High-End berkemampuan menghasilkan 200,000 unit kenderaan setahun.


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang merasmikan acara itu, berkata;

Industri automotif, khususnya sektor EV, adalah pemacu penting pertumbuhan ekonomi masa depan Malaysia. Ini diiktiraf Belanjawan 2025 yang menyokong sektor ini melalui pelbagai langkah, seperti insentif cukai EV, langkah pembangunan bakat kukuh, dan inisiatif yang bertujuan memacu pertumbuhan dalam sektor sokongan seperti E&E dan semikonduktor.

"Justeru pengembangan JAC Motors ke Malaysia menyokong usaha kami ke arah mobiliti hijau, seperti digariskan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Dasar Automotif Negara (NAP). Kami juga memuji keputusan berani dan strategik JAC Motors untuk memberi tumpuan kepada segmen EV komersial, kerana potensi besar yang ditawarkan segmen khusus ini.

"Ini juga menyokong pembekal tempatan, mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, dan membantu meletakkan Malaysia sebagai hab untuk pengeluaran dan eksport kenderaan komersial ke rantau Asean, sambil menyokong matlamat Sifar Bersih kami, meningkatkan teknologi hijau, dan memacu pertumbuhan ekonomi. Kami mengharapkan sumbangan positif yang akan dibawa JAC Motors kepada landskap automotif.”

Berikut perincian perbandingan trak pikap JAC T9 dan trak komersial lain yang telah kami sediakan.

jac-lancar-di-malaysia-15
jac-lancar-di-malaysia-1
jac-lancar-di-malaysia-3
jac-lancar-di-malaysia-4
jac-lancar-di-malaysia-5
jac-lancar-di-malaysia-6
jac-lancar-di-malaysia-7
jac-lancar-di-malaysia-8
jac-lancar-di-malaysia-9
jac-lancar-di-malaysia-10
jac-lancar-di-malaysia-11

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, JAC Motors, Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI), Kenderaan Elektrik (EV), Trak Komersial Ringan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev