PENGELUAR kenderaan keempat terbesar dunia, Stellantis hari ini melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik segmen-D Leapmotor C10 2025 untuk pasaran Malaysia pada harga RM149,000 tanpa insurans untuk tempah terhad.
Harga ini sah untuk pembelian setakat 30 November 2024 sahaja sebelum dijual pada harga sebenar RM159,000.
Majlis pelancaran dibuat di pusat beli-belah The TRX Exchange yang turut dihadiri Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdu Aziz, Ketua Pegawai Operasi (CEO) Stellantis, Daniel Gonzalez dan Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais.
Berikut spesifikasi Leapmotor C10 2025:
Trenkuasa
- Dijana bateri litium-besi-fosfat (LFP) 69.9kWh dengan Sistem Pengurusan Bateri (BMS) AI.
- Menggunakan unit motor elektrik Sinkronik Magnetik Kekal (Permanent Magnetic Synchronic, PMS) dengan output kuasa 160kW (214hp) dan tork 320Nm.
- Bateri disejukkan cecair, manakala motor elektrik mendapat sistem penyejukan minyak yang memberikan penambahbaikan hingga 10 kali ganda kepada aspek perlindungan trenkuasa dan keselamatan selain menawarkan prestasi konsisten dan jangka hayat bateri lebih lama dalam kondisi mencabar.
- Ada empat mod pandu: ECO, Comfort, Sport dan Custom.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 7.5 saat.
- Jarak pemanduan 424km Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP), dan 477km mengikut ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).
- Sistem pengecasan standard (AC) 6.6kW
- Turut menyokong pengecasan pantas DC 84kW dengan tempoh masa mengecas 30-80 peratus kira-kira 30 minit.
- Memiliki ciri V2L untuk dijadikan sumber kuasa kepada perkakasan elektrik luar kenderaan.
- Bateri ini disejukkan oleh cecair, manakala motor elektrik mendapat sistem penyejukan minyak yang memberikan penambahbaikan sehingga 10 kali ganda kepada aspek perlindungan rangkaian kuasa dan keselamatan. Ia juga menawarkan prestasi yang konsisten dan jangka hayat bateri lebih lama di bawah kondisi mencabar.
- Menggunakan Arkitektur Elektrikal dan Elektronik Bersepadu (E/E) 'Four Leaf Clover' inovatif dan pertama seumpamanya yang direka untuk memusatkan semua kawalan kokpit, pemanduan, kuasa dan domain badan kenderaan menerusi cip Qualcomm Snapdragon 8155.
- Tetapan ini dilihat penting bagi memastikan integrasi lancar antara rekaan kabin, pemanduan dan parkir, sekali gus mengetepikan respons perlahan dan memberikan komunikasi serta-merta sesama komponen penting dalam ekosistem pintar C10.
Luaran
- Kapasiti but 435 liter dengan ruang ekstra hingga 1,410 liter apabila kerusi dilipat rata dalam konfigurasi 60:40.
- Pintu belakang kuasa boleh dioperasi dalam beberapa pilihan ketinggian.
- Ada empat warna pilihan, iaitu Glazed Green (hijau), Pearly White (putih), Canopy Grey (kelabu), Tundra Grey (kelabu).
Dalaman
- Ada skema warna dalaman khas Criollo Brown (coklat) untuk Glazed Green (hijau), dan Midnight Aurora (hitam).
- Rekabentuk minimalis ruang kabin membuatkan SUV EV ini tidak memerlukan butang fizikal selain menawarkan pengalaman lebih intuitif menerusi ciri arahan suara.
- Unit infotainment skrin sentuh 14.6 inci dikuasakan sistem operasi Leap OS 4.0 yang disepadu dengan ciri kemas kini dalam talian Over-the-Air (OTA) untuk akses berpusat.
- Kluster instrumen 10.2 inci pula memaparkan segala maklumat penting pemanduan, manakala urusan memarkir dan melepasi laluan sempit menjadi lebih mudah dengan kehadiran kamera panoramik 360° dan pandangan casis transparen.
- Material kerusi menggunakan tekstil silikon OEKO-Tex Standard 100 yang mesra bayi.
- Aliran penyaman udara disalurkan menerusi corong elektrik dengan fungsi pembersihan udara boleh ubah dan sistem penapis PM2.5 terbina dalam.
- Kokpit pemandu diposisi secara intuitif pada penukar gear di kolum stereng elektrik.
- Akses masuk ke dalam kenderaan dan menghidupkan SUV boleh dilakukan menerusi kad NFC atau aplikasi mudah alih Leapmotor.
- Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan dan 4-tetapan untuk penumpang depan, lengkap dengan tetapan memori.
- Kedua-dua kerusi depan mempunyai ciri ergonomik 3D dengan fungsi ventilasi sejuk selain ciri Driver Seat Departure yang memberi notifikasi sekiranya telefon bimbit tertinggal dalam kereta.
- Direka berorientasikan keluarga dan fleksibel dengan dimensi panjang kabin 1.8 meter dan lebar 1.2 meter serta tempat duduk boleh lipat rata seperti sebuah katil kembar.
- Aspek versatiliti boleh dicapai dengan melipat semua kerusi untuk menghasilkan Camp Mode dan NapM ode bagi memenuhi apa jua aktiviti.
- Konsol depan dilengkapi pad pengecasan wayarles 15W, satu ruang simpan barang, satu soket 12V, dan port USB Type-C 60W dan USB Type-A.
- Penumpang belakang boleh mengecas peranti pintar menggunakan dua port USB Type-C atau USB Type-A.
- Bahagian penumpang belakang menawarkan ruang kaki 951mm dan ruang kepala 1,050mm.
- Tempat duduk belakang boleh direbahkan dengan hanya satu langkah.
- Memiliki bumbung kaca panoramik 2.1 meter persegi dengan pelindung matahari boleh tarik
- Ada lampu ambien berirama dengan warna boleh tukar.
- Ada 12 unit pembesar suara bunyi keliling dengan efek bunyi AI, dan dilengkapi empat mod audio dewan konsert (Enjoyment, Surround, Theater, dan Dynamic), serta amplifier 840W
Ciri Keselamatan
Leapmotor C10 2025 serba baharu menawarkan ciri keselamatan komprehensif selain 7 beg udara, iaitu menerusi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 Leap Pilot dengan ciri seperti berikut:
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Kawalan Tengah Lorong (LCC)
- Bantuan Trafik Sesak (TJA)
- Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
- Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
- Pengedan Titik Buta (BSD)
- Amaran Buka Pintu (DOW)
- Kekal Lorong Kecemasan (ELK)
- Amaran Tukar Lorong (LDW)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
- Amaran Trafik Lintas Belakang-Brek Trafik Lintas Belakang (RCTA + RCTB)
- Bantuan Halaju Pintar (ISA)
- Amaran Pemandu Mengantuk (Driver Drowsiness Alert Warning, DDAW)
- Amaran Gangguan Pemandu Termaju (Advanced Driver Distraction Warning, ADDW)
Waranti
Leapmotor C10 2025 didatangkan dengan pakej waranti:
- Waranti kenderaan enam tahun atau perbatuan 150,000km (mana satu tiba dulu)
- Waranti bateri lapan tahun atau 160,000km (mana satu tiba dulu)
- Selang servis adalah setahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu)
Stellantis Malaysia mendakwa akan mempercepat aspek jualan, pengedaran dan servis selepas jualan untuk SUV elektrik ini di pasaran pasaran bermula di 18 poin lokasi jualan tahun ini dan merancang menambah sembilan lagi premis menjelang 2025.
Menjelang tahun depan, ada 16 pusat servis sah dam enam daripada premis itu dijadual beroperasi suku keempat tahun ini.
Leave a Reply