SIME Darby Motors (SDM) memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik penuh 7-kerusi BYD M6 2025 ke pasaran tempatan.
BYD M6 2025 didatangkan dalam dua varian pilihan: Standard dan Extended yang masing-masing ditawarkan pada harga RM109,800 dan RM123,800, tidak termasuk cukai jalan, caj pendaftaran dan insurans.
Seramai 300 pembeli pertama BYD M6 Extended akan menerima alat pengecas kediaman (wallbox) secara percuma, manakala 100 individu yang membuat tempahan di Dataran Karnival Shah Alam akan menerima kredit pengecasan Gentari bernilai RM800.
ADA DUA VARIAN
1. Standard
- Motor tunggal dengan pacuan roda depan (FWD).
- Pecutan 0-100kmj sepantas 10.1 saat.
- Jarak pemanduan maksimum 420km, mengikut ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).
- Output kuasa 120kW (160hp) dan tork 310Nm.
- Kapasiti bateri 55.4kW, dan menyokong pengecasan pantas (DC) 89kW.
- Berat kasar 2,374kg.
2. Extended
- Motor tunggal dengan pacuan roda depan (FWD).
- Pecutan 0-100kmj mengambil masa 8.6 saat.
- Jarak pemanduan maksimum 530km (mengikut NEDC).
- Output kuasa 150kW (201hp), dan tork 310Nm.
- Kapasiti bateri 71.8kW, dan menyokong pengecasan pantas (DC) 115kW.
- Berat 2,489kg.
CIRI
- Ada empat warna pilihan: Crystal White (putih), Ink Stone Blue (biru), Cosmos Black (hitam) dan Harbour Grey (kelabu).
- Unit infotainmen 12.8 inci boleh putar dengan sistem operasi BYD Di-Link, konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
- Ada ciri mengecas barangan elektrik V2L (Vehicle to Load).
- Kapasiti but 180 liter, dan boleh diperluas hingga 580 liter dengan merebahkan tempat duduk barisan kedua.
- Rim aloi 17 inci dengan tayar 225/55.
- Menyokong penggunaan kad kunci NFC yang boleh disimpan dalam telefon pintar.
WARANTI
- Waranti kenderaan enam tahun atau jarak perbatuan 150,000km (mana satu tiba dulu).
- Waranti kesihatan bateri SOH (state of health) untuk 70 peratus selaman lapan tahun atau 160,000km.
- Waranti unit motor lapan tahun atau 150,000km.
CIRI KESELAMATAN
BYD M6 2025 dilenngkapi dengan ciri keselamatan standard seperti:
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- PAutan kerusi kanak-kanak ISOFIX
- Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
- Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
- Sistem Kawalan Traksi (TCS)
- Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
- Kawalan Jelajah Pintar (ICC)
- Amaran Perlanggaran Depan dan Belakang (FCA & RCA)
- Pengesan Titik Buta (BSD)
- Bantuan Keluar Lorong (LDW)
- 6 beg udara
Leave a Reply