PENGEDAR dan pembekal rasmi kenderaan elektrik (EV) Zeekr di Malaysia, Sentinel Automotive Sdn Bhd hari ini mempamerkan dua model baharu kepada umum, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) EV, Zeekr X dan kenderaan pelbagai guna (MPV), Zeekr 009 kepada media dan orang awam di ruang lobi Sunway Pinaccle, Petaling Jaya.
Zeekr ialah jenama dari China, juga subjenama bawah Geely Automobile Holdings diasaskan pada 2021 yang menumpukan kepada pembuatan EV berasaskan platform Arkitektur Pengalaman Mampan (Sustainable Experience Architectur, SEA).
Kedua-dua model kini boleh ditempah secara dalam talian menerusi pautan booking.zeekr.my/booknow dengan anggaran harga seperti berikut:
- Zeekr X - Harga bawah RM180,000 dengan deposit serendah RM2,000
- Zeekr 009 - Harga bawah RM370,000 dengan deposit serendah RM4,000
Zeekr X dan Zeekr 009 menetapkan standard baharu untuk EV mewah di Malaysia menerusi aspek gaya, keselesaan, prestasi, keselamatan dan teknologi termaju. Berikut spesikasi dua model tersebut:
1. ZEEKR X
Zeekr X ialah SUV elektrik penuh pasaran global yang menggabungkan ciri kemewahan, keselesaan, prestasi, keselamatan dan teknologi pintar termaju. Ada dua varian ditawarkan, iaitu Premium dan Flagship AWD
Berikut spesifikasi Zeekr X:
Luaran
- Menampilkan rekabentuk nisbah emas (golden ratio), iaitu prinsip rekaan yang mengetengahkan keseimbangan dan keharmonian dalam aspek estetika dan kecekapan aerodinamik.
- Rekabentuk mewah sporty yang menyerlah elemen versatiliti sama ada untuk pemanduan dalam bandar dan perjalanan jauh.
- Rekaan lampu siang (DRL) LED unik yang memberikan imej tersendiri.
- Hendal pintu jenis benam dan cermin tingkap tanpa frem.
- Ada lima warna pilihan: Crystal White (putih), Mist Grey (kelabu cerah), Grid Grey (kelabu gelap), Palace Beige (kuning cair) dan Pine Green (hijau)
Dalaman
- Ruang kabin menampilkan rekabentuk moden dan minimalis dalam trim Charcoal Black (hitam) dan Stone Grey (kelabu).
- Material dalaman jenis lembut (soft-touch) dengan kemasan mawar emas metalik (metallic rose gold).
- Ada bumbung suria panoramik bersaiz 1.2 meter persegi (M²) yang memberikan cahaya natural dalam kabin, dan turut diberikan perlindungan bahang untuk keselesaan ketika cuaca panas.
- Lampu ambien dalam kabin boleh dikustom mengikut cita rasa dan mood pemandu.
- Unit infotainment skrin sentuh 14.6 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
- Sistem bunyi premium dengan 13 pembesar suara Yamaha dan disediakan pengecas wayarles 50W.
- Kluster instrumen dengan paparan dongak realiti terimbuh (AR-HUD).
- Ada sistem arahan suara untuk akses bebas tangan.
Trenkuasa
- Flagship AWD dijana bateri 66kWh dengan dwi-motor elektrik untuk output kuasa 315kW (422hp) dan tork 543Nm., setanding kereta sport di pasaran, manakala pecutan 0-1000kmj sepantas 3.8 saat.
- Menyokong pengecasan pantas (DC) 150kW untuk 10 peratus-80 peratus masa mengecas.
- Jarak perjalanan hingga 440km mengikut ujian Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).
Teknologi Keselamatan
- Mendapat rating 5-bintang dalam ujian Euro NCAP dan Green NCAP
- Ciri keselamatan membabitkan lima kamera dan lima radar serta menyokong Sistem Bantuan Pemandu Termaju Tahap 2+ (ADAS Level 2+)
- Pakej ADAS terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Tukar Lorong Automatik (ALC), Kawalan Tengah Lorong (LCC), Bantuan Kekal Lorong (LKA) [termasuk Amaran Keluar Lorong (LDW), Elak Keluar Lorong (LDP) dan Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)], Sokongan Mitigasi Perlanggaran Depan (CMSF), Sokongan Mitigasi Perlanggaran Belakang (CMSR), Amaran Buka Pintu (DOW), Bantuan Trafik Lintas Depan (FCTA), Bantuan Trafik Lintas Belakang (RCTA), Brek Kecemasan Parkir (PEB), Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Gerak Elak (EMA) dan Monitor Prestasi Pemandu (DPM).
- Ada ciri Bantuan Parkir Automatik (APA).
2. ZEEKR 009
Zeekr 009 ialah MPV elektrik mewah yang menggabungkan rekabentuk megah, keselesaan kelas dunia, prestasi hebat dan teknologi termaju dalam satu pakej.
Berikut spesifikasi Zeekr 009:
Luaran
- Mengetengahkan rekabentuk berani dan elegan yang sentiasa menyerlah di jalanan.
- Gril depan menampilkan gaya berani dan menyerlah yang mudah dicam selain tampil berbeza berbanding model jalanan lain.
- Memiliki dimensi panjang 5,209mm, lebar 2,024mm, dan tinggi 1,812mm, manakala jarak roda 3,205mm.
- Sistem suspensi udara dwi-kamber boleh laras ketinggian dan tahap redaman.
- Didatangkan dalam tiga warna pilihan: Phantom Black (hitam), Electric Blue (biru gelap) dan Crystal White (putih)
Dalaman
- Kerusi kelas pertama Sofaro daripada material kulit Nappa untuk kualiti mewah dan keselesaan berpanjangan.
- Varian 6-kerusi menyediakan dulang kerusi tersembunyi di tempat duduk baris kedua.
- Ada peti ais 8.6 liter dengan fungsi sejuk dan panas.
- Kerusi baris kedua juga dilengkapi fungsi urut dan ventilasi selain bar kawalan pintar untuk akses kepada kawalan kerusi dan penyaman udara.
- Juga disediakan kamera definisi tinggi (HD) untuk memantau penumpang di baris ketiga seperti kanak-kanak.
- Penumpang di tempat duduk baris ketiga disediakan butang elektrik untuk memudahkan akses masuk dan keluar.
- Unit infotainment skrin sentuh 15.05 inci OLED dengan pelbagai akses seperti navigasi, media, maklumant dan tetapan kenderaan.
- Ada monitor bumbung OLED 17 inci untuk penumpang belakang untuk pengalaman teater premium menerusi sistem bunyi Yamaha dengan 30 pembesar suara, termasuk dalam penyandar kepala!
- Pemandu diberikan paparan dongak realiti terimbuh (AR-HUD).
- Ada tiga pilihan kemasan dalaman: Black (hitam), Stone Grey & Polar White (kelabuh dan putih), dan Midnight Blue & Polar White (biru dan putih).
- Tahap kesenyapan kabin dinilai pada 64.5dB pada halaju 120kmj.
Trenkuasa
- Dijana bateri 116kWh dengan dwi-motor elektrik untuk output kuasa 450kW (603hp) dan tork 693Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat. Ini setanding pecutan dan ketangkasan sebuah kereta sport.
- Menyokong pengecasan DC 150kW untuk tempah mengecas 10 peratus-80 peratus cuma 30 minit.
- Jarak perjalanan hingga 582km mengikut WLTP
Teknologi Keselamatan
- Dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang terdiri daripada Kawalan Tengah Lorong (LCC), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Sokongan Mitigasi Perlanggaran Belakang (CMSR), Sokongan Mitigasi Perlanggaran Depan (CMSF), Sistem Kekal Lorong (LKS), Pengesan Titik Buat (BSD), Amaran Buka Pintu (DOW), Pengecam Tanda Jalan (TSR), Pemantau Prestasi Pemandu (DPM), Amaran Pengingat Halaju (SRW) dan Brek Kecemasan Parkir (PEB)
Leave a Reply