• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Optima GT - 2.0 Turbo 242hp, 350Nm - Kini di Pasaran!

Kia Optima GT - 2.0 Turbo 242hp, 350Nm - Kini di Pasaran!

May 30, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAZA Kia Malaysia nampak begitu agresif kerana sudah melancarkan empat model baharu untuk pasaran Malaysia. Paling terkini, Kia Optima GT yang dikuasakan enjin baharu Theta II 2.0 Turbo baru saja dilancarkan 24 April lalu.

Bercakap pada majlis pelancaran, Ketua Pengawai Operasi (COO) Kumpulan Automotive Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George berkata;

Kia Optima GT ialah ekspresi kepada prestasi dan gaya kontemporari. Model ini berada setahap di atas berbanding pesaing lain. Ia juga hasil kerja keras berbulan lama, termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) pasukan kami yang mendapat sokongan Kia Motors Corporation."

Kia Optima GT 2017.09
Kia Optima GT 2017.10

Berikut ciri-ciri Kia Optima GT:

Enjin

  • Theta II 2.0 T-GDI Turbo
  • 242hp @ 6,000 rpm
  • 350Nm @ 1,400 rpm
  • Output di atas menjadikan Optima GT paling berkuasa dalam kelasnya dan setara pesaing lain dari Eropah.
  • Pecutan 0-100kmj dalam masa 7.4 saat.
  • Penggunaan bahan api 8.5 liter/km - gabungan pemanduan
  • Ada 3 mod pemanduan - Sport, Normal dan Eco
  • Mod Sport akan mengubah respon pedal dengan stereng yang terasa lebih berat.
  • Mod Normal akan menala kereta mengikut tetapan standard.
  • Mod Eco pula akan mengurangkan respon pedal, menjadikan stereng lebih ringan dan memperlahankan operasi penyaman udara untuk penjimatan bahan api.

Transmisi

  • Automatik 6-kelajuan

Ciri Keselamatan

  • 6 beg udara - 2 depan, 2 sisi dan 2 tirai
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Kawalan Bantuan Mula-Daki (HASC)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Rating 5-bintang EuroNCAP, 5-bintang Asean NCAP, 5.1 bintang US NCAP dan gred pertama Korean NCAP

Luaran

  • Dimensi lebih besar berbanding generasi terdahulu.
  • Perbezaan - 10mm lebih panjang, 300mm lebih lebar, 10mm lebih tinggi dan jarak roda lebih panjang 10mm.
  • Gril signatur Dot Array Mesh Satin Chrome.
  • Difuser belakang.
  • 2 ekzos.
  • Lampu siang (DRL) LED.
  • Lampu utama dengan teknologi Cahaya Lentur Dinamik (Dynamic Bending Light) - Berfungsi menghala lampu mengikut sudut putaran stereng dan memberikan pencahayaan di selekoh gelap.
  • 3 warna pilihan - Gravity Blue (biru), Aurora Black (hitam), dan Snow White Pearl (putih).

Dalaman

kia-optima-jf-17my-wide-b-interior-01-w
kia-optima-jf-17my-rhd-wide-b-interior-10-w
kia-optima-jf-17my-rhd-wide-b-interior-08-w
  • Kemasan aluminium pada konsol tengah dan pedal.
  • Bahagian depan tengah papan pemuka dicondongkan 8.5 darjah ke arah pemandu.
  • Stereng berbentuk D yang rata di bahagian bawah.
  • Panel pintu dan kerusi dibalut kulit lembut dan dikatakan paling selesa dalam kelas.
  • Kerusi elektrik untuk pemandu dan penumpang depan boleh laras.
  • Dua kerusi depan turut dilengkapi ventilator untuk memberikan udara nyaman pada pemandu dan penumpang.
  • Pengecas telefon pintar tanpa wayar dengan medan elektromagnetik - mampu mematikan fungsi jika suhu terlampau tinggi.
  • Skrin 7-inci TFT LCD dengan MP3 dan MP4 berserta sambungan  Bluetooth, iPod dan MirrorLink.

Kia Optima GT baharu menawarkan keseimbangan antara kuasa, keselesaan, dan keluasan. Lebih penting, keselamatan untuk seisi keluarga dan jarang kereta seumpamanya dilengkapi spesifikasi sebegini. Malah, Naza Kia turut menawarkan waranti lima tahun.

Harga atas jalan Kia Optima GT ialah RM179,888.

KREDIT FOTO: Kia Malaysia

Kia Optima GT 2017.01
Kia Optima GT 2017.02
Kia Optima GT 2017.03
Kia Optima GT 2017.05
Kia Optima GT 2017.06
Kia Optima GT 2017.08
kia-optima-jf-17my-wide-b-exterior-06-w
Kia Optima GT 2017.09
Kia Optima GT 2017.10
kia-optima-jf-17my-rhd-wide-b-interior-08-w
kia-optima-jf-17my-rhd-wide-b-interior-10-w
kia-optima-jf-17my-wide-b-interior-01-w
kia-optima-jf-17my-wide-b-interior-05-w
Spec Kia Optima GT

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kia, Kia Optima GT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev