• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #CIMA2024: Zonsen Cyclone RC 401 R E-Clutch dengan Transmisi Klac Pintar, Harga RM14.5k!

#CIMA2024: Zonsen Cyclone RC 401 R E-Clutch dengan Transmisi Klac Pintar, Harga RM14.5k!

October 9, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SELAIN melancarkan sportbike Cyclone RC 600 Centennial Legends Commemorative Edition dan mempamerkan model konsep bobber RA600, Zonsen (Zongshen) turut memperagakan sportbike Cyclone RC 401 R E-Clutch di Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024.

Zongsen Cyclone RC 401 R E-Clutch ditawarkan pada harga 23,988 yuan (RM14,570) di China sebagai bukti kemampuan pengeluar dua roda itu membangunkan teknologi kawalan sistem transmisi klac elektronik menandingi kepakaran pengeluar dari Jepun.

Terdahulu, Honda ada memperkenalkan sistem klac pintar E-Clutch, dipasang pada dua model kelas 650cc yang ditawarkan di Jepun. Fungsi kedua-dua sistem E-Clutch itu dipercayai hampir sama.

Namun, sumber di China mendakwa transmisi Cyclone RC 401 R E-Clutch menggunakan klac elektromagnet yang mengawal pelepasan atau penggunaan klac melalui bantuan unit kawalan elektronik (ECU). Teknologi ini membolehkan penunggang menukar gear tanpa menggunakan klac tangan.

Bagaimanapun, penunggang masih perlu menekan butang E-Clutch pada konsol bar hendal sebelah kanan sebelum dapat menggunakan ciri tersebut.

Sistem klac elektronik itu juga cuma boleh diaktifkan ketika enjin belum dihidupkan dan gear dalam posisi neutral (N) yang bermakna ciri itu tidak boleh diaktifkan ketika sedang menunggang.

Berikut perincian Zonsen Cyclone RC 401 R E-Clutch di China:

  • Trenkuasa 4-lejang 2-silinder sebaris 401cc 8-injap penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa kuasa 44.2hp @ 9,500rpm, dan tork 37Nm @ 8,000rpm.
  • Kotak gear 6-kelajuan E-Clutch.
  • Dimensi panjang 2,010mm, lebar 760mm, dan tinggi 1,180mm, manakala jarak roda 1,400mm.
  • Tinggi pelana 785mm.
  • Berat 178kg.
  • Jarak tinggi bumi 140mm.
  • Kapasiti tangki 15 liter.
  • Panel meter TFT digital berwarna.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.
  • Brek cakera kembar di depan, dan cakera tunggal di belakang dengan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan ciri kawalan traksi Sistem Kawalan Dinamik (DCS).
  • Ada dua pilihan rim dan swingarm menggunakan material gentian karbon atau aloi.
  • Rim 17 inci dengan tayar 110/70 (depan), dan 150/60 (belakang).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Cyclone RC 401 R E-Clutch, E-Clutch, motosikal sport klac elektronik, Pameran Dagangan Antarabangsa Motosikal China (CIMA) 2024, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my