PADA Jun 2016, McLaren P1 LM dilancarkan di Goodwood Festival of Speed dan menjadi kereta atas jalan paling pantas menawan bukit Goodwood. P1 LM ini sebenarnya ialah sebuah model istimewa kerana dibina dan dinaik taraf oleh dua pelumba hebat, Lanzante dan Kenny Brack.
Brack ialah pelumba yang memenangi perlumbaan Indianapolis 500 pada 1999, Indy (1998) dan pingat emas dalam Rally-X pada X-Games (2009). Lanzante pula pemenang perlumbaan 24 Hours Le Mans (1995) yang memandu jentera McLaren F1 GTR.
Apa yang menjadikan P1 LM ini lebih istimewa, model ini dibina lima unit sahaja seluruh dunia. Kini selepas 11 bulan dilancarkan di Goodwood, semua lima unit P1 LM sudah pun siap dibina. Pada peringkat akhir pembangunan di Nurburgring Nordschleife, model prototaip XP1LM mencatatkan masa 6 minit 43.2 saat.
Selepas mencipta rekod tersebut, XP1LM bukan terus dimasukkan ke dalam kontena atau diletakkan atas lori pengangkut untuk dibawa pulang. Sebaliknya, terus dipandu ke Britain, tempat asal kelahirannya!
Lanzante dan Brack bukan membina kereta ini bersendirian, tetapi turut mendapat sokongan pasukan McLaren, termasuk Pirelli sebagai pembekal tayar Trofeo dengan saiz khas. Jadi, tidak hairanlah P1 LM dibina untuk dinobatkan sebagai varian P1 terakhir paling pantas, dan eksklusif.
Jika anda mahukannya, maaf kerana kelima-lima unit P1 LM sudah pun disambar pembeli dari Amerika Syarikat (AS), Jepun, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Britain.
SPESIFIKASI MCLAREN P1 LM
ENJIN Sesaran dibesarkan daripada 3798cc kepada 3,944cc, tambahan ouput boost dan kuasa hibrid 1,000hp dan tork 1,050 Nm, dicapai menggunakan minyak RON99.
RPM MAKSIMUM 8,500
KUASA MAKSIMUM 788hp @ 7,250 rpm; dan 197hp (dari motor E)
KELAJUAN MAKSIMUM 345kmj - dihadkan
RODA 9.5 x 19 (depan) | 12.5 x 20 (belakang)
TAYAR 275/30/19 (depan) | 335/30/20 (belakang)
BERAT 1,390 kg
Leave a Reply