• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 5 Unit McLaren P1 LM - 1,000hp dan 1,050Nm - Habis Dijual!

5 Unit McLaren P1 LM - 1,000hp dan 1,050Nm - Habis Dijual!

May 28, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA Jun 2016, McLaren P1 LM dilancarkan di Goodwood Festival of Speed dan menjadi kereta atas jalan paling pantas menawan bukit Goodwood. P1 LM ini sebenarnya ialah sebuah model istimewa kerana dibina dan dinaik taraf oleh dua pelumba hebat, Lanzante dan Kenny Brack.

Brack ialah pelumba yang memenangi perlumbaan Indianapolis 500 pada 1999, Indy (1998) dan pingat emas dalam Rally-X pada X-Games (2009). Lanzante pula pemenang perlumbaan 24 Hours Le Mans (1995) yang memandu jentera McLaren F1 GTR.

Apa yang menjadikan P1 LM ini lebih istimewa, model ini dibina lima unit sahaja seluruh dunia. Kini selepas 11 bulan dilancarkan di Goodwood, semua lima unit P1 LM sudah pun siap dibina. Pada peringkat akhir pembangunan di Nurburgring Nordschleife, model prototaip XP1LM mencatatkan masa 6 minit 43.2 saat.

Selepas mencipta rekod tersebut, XP1LM bukan terus dimasukkan ke dalam kontena atau diletakkan atas lori pengangkut untuk dibawa pulang. Sebaliknya, terus dipandu ke Britain, tempat asal kelahirannya!

Lanzante dan Brack bukan membina kereta ini bersendirian, tetapi turut mendapat sokongan pasukan McLaren, termasuk Pirelli sebagai pembekal tayar Trofeo dengan saiz khas. Jadi, tidak hairanlah P1 LM dibina untuk dinobatkan sebagai varian P1 terakhir paling pantas, dan eksklusif.

Jika anda mahukannya, maaf kerana kelima-lima unit P1 LM sudah pun disambar pembeli dari Amerika Syarikat (AS), Jepun, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Britain.

SPESIFIKASI MCLAREN P1 LM

ENJIN Sesaran dibesarkan daripada 3798cc kepada 3,944cc, tambahan ouput boost dan kuasa hibrid 1,000hp dan tork 1,050 Nm, dicapai menggunakan minyak RON99.
RPM MAKSIMUM 8,500
KUASA MAKSIMUM 788hp @ 7,250 rpm; dan 197hp (dari motor E)
KELAJUAN MAKSIMUM 345kmj - dihadkan
RODA 9.5 x 19 (depan) | 12.5 x 20 (belakang)
TAYAR 275/30/19 (depan) | 335/30/20 (belakang)
BERAT 1,390 kg

McLaren P1 LM2017.05
McLaren P1 LM2017.01
McLaren P1 LM2017.02
McLaren P1 LM2017.03
McLaren P1 LM2017.04
McLaren P1 LM2017.06
McLaren P1 LM2017.07
McLaren P1 LM2017.08

 

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenny Black, Lanzante, McLaren, McLaren P1 LM, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my