• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Caravelle, Transporter 2025 dalam Pilihan Enjin Turbo Diesel, Hibrid dan Elektrik

Volkswagen Caravelle, Transporter 2025 dalam Pilihan Enjin Turbo Diesel, Hibrid dan Elektrik

September 16, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA 2019, kami pernah menyiarkan artikel kerjasama antara Ford dan Volkswagen yang mana kerjasama itu membuahkan hasil dan boleh dilihat pada trak pikap Amarok yang berkongsi komponen dengan Ford Ranger.

Kerjasama tersebut bukan sekadar menukar lencana, malah banyak berbeza daripada Ranger. Ada beberapa lagi model yang dikongsi dan menariknya turut melibatkan kenderaan elektrik (EV).

Terbaharu Volkswagen Commercial Vehicles (VWCV) memperkenalkan Volkswagen Caravelle sebagai kenderaan penumpang dan Transporter generasi ketujuh (2025) yang dibuat khusus sebagai kenderaan komersial (penumpang dan barangan).

Buat kali pertama dalam sejarah Caravelle dan Transporter, Volkswagen menawarkan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik serta dalam pakej yang turut merangkumi turbo diesel.

Lagi, Volkswagen pada 2021 pernah memperkenalkan Multivan (foto atas) bagi menggantikan Caravelle, manakala jualan Transporter diteruskan seperti sebelumnya. Volkswagen Multivan dibina berasaskan platform MQB, tetapi kemunculan semula Caravelle kali ini adalah berasaskan perkongsian dengan Ford Transit Custom.

Dari segi tradisi, Volkswagen Caravelle ialah kembar kepada Transporter (foto atas kanan).

Siri van daripada VWCV menarik untuk difahami dan pengenalan Transporter baharu adalah sebahagian strategi Bulli yang bersesuaian untuk setiap pelanggan (the right Bulli for every customer).

Ketika Transporter kali pertama diperkenalkan kepada media pada 1949, siapa sangka model itu berkembang menjadi siri famili automobil berjaya. Pada usia lebih tujuh dekad, Bulli (Kombi/Bus) sudah terpahat sebagai warisan automotif antarabangsa.

Siri Bulli 2024 kini merangkumi Caravelle dan Transporter baharu, Multivan dan ID.Buzz (foto atas). Membawa warisan, Volkswagen juga memperkenalkan van kamper California yang diasaskan daripada Multivan baharu.

ID.Buzz elektrik pula secara terang-terangan membawa pengaruh Bulli dan selain model penumpang, VWCV turut menawarkan versi komersial ID.Buzz Cargo.

Ciri Caravelle dan Transporter 2025

Caravelle
Volkswagen Caravelle 2025.01
Volkswagen Caravelle 2025.02
Volkswagen Caravelle 2025.03
Volkswagen Caravelle 2025.04
  • Ada sembilan kerusi, direka untuk penggangkutan komersial sebagai bas mini atau bas ulang-alik.
  • Ada tiga varian: Caravelle (aras mula), Life (pertengahan), dan Style (perdana).
  • Turut ditawarkan dalam versi jarak roda panjang (LWB).
Transporter
Volkswagen Transporter 2025.02
Volkswagen Transporter 2025.03
Volkswagen Transporter 2025.04
Volkswagen Transporter 2025.05
  • Dibangunkan sebagai van komersial.
  • Dalam pilihan van panel (pengangkutan barang), van panel Plus (penumpang pada baris kedua dan muatan barang), bas kru (pengangkutan penumpang), double cab dengan badan platform dan jarak roda panjang (LWB).
  • Van panel dan bas kru ditawarkan dalam versi bumbung tinggi dan LWB.
  • Ruang muatan hingga 5.8 meter persegi (van panel, jarak roda biasa) atau 9 meter persegi (LWB, bumbung tinggi).
  • Beban muatan hingga 1,330kg.
  • Berat maksimum treler hingga 2,800kg (treler dengan brek, gradien 12 peratus).
Caravelle dan Transporter
  • Ada tiga pilihan varian enjin diesel turbo (TDI), hibrid plug-in (eHybrid) dan tiga kuasa elektrik (e-Transporter dan e-Caravelle).
  • TDI menawarkan output kuasa 110ps, 150ps dan 170ps.
  • Model 170ps menggunakan transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Model 150ps menggunakan transmisi manual 6-kelajuan dan pilihan automatik 8-kelajuan.
  • Model 150ps ke atas boleh dipesan dalam pacuan semua roda (AWD) 4MOTION.
  • Model eHybrid berkuasa 232ps, dengan transmisi automatik.
  • e-Transporter dan e-Caravelle dilancar dalam pilihan kuasa 100kW (136ps), 160kW (218ps) dan 210kW (286ps) dengan kapasiti bateri 64kWj (bersih).
  • Van panel Transporter dan Caravelle ditawarkan dalam versi PanAmericana (semua permukaan bumi).
  • Gabungan paparan digital dan butang fizikal.
Volkswagen Caravelle 2025
volkswagen-caravelle-2
Volkswagen Caravelle 2025.01
volkswagen-caravelle
Volkswagen Caravelle 2025.02
Volkswagen Caravelle 2025.03
Volkswagen Caravelle 2025.04
Volkswagen Caravelle 2025.05
Volkswagen Transporter 2025
volkswagen-transporter-2025-2
Volkswagen Transporter 2025.01
Volkswagen Transporter 2025.02
volkswagen-transporter-2025
volkswagen-transporter-2025-5
Volkswagen Transporter 2025.06
Volkswagen Transporter 2025.09
Volkswagen Transporter 2025.10
volkswagen-transporter-2025-4
Volkswagen Transporter 2025.03
Volkswagen Transporter 2025.04
Volkswagen Transporter 2025.05
volkswagen-transporter-2025-3
Volkswagen Transporter 2025.07
Volkswagen Transporter 2025.08

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Volkswagen  Caravelle, Volkswagen Caravelle 2025, Volkswagen Commercial Vehicles (VWCV), Volkswagen Transporter, Volkswagen Transporter 2025, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev