• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ini Perincian Modenas Kriss 110 Euro4, Ada Enam Warna Pilihan dalam Dua Varian

Ini Perincian Modenas Kriss 110 Euro4, Ada Enam Warna Pilihan dalam Dua Varian

September 3, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

MODENAS sudah mendedahkan spesifikasi Kriss 110 versi Euro4 menerusi laman web sejak malam tadi, selang beberapa hari selepas mempamerkan motosikal itu keitka pengenalan logo baharu jenama itu.

Kapcai yang dilabel sebagai motosikal ikon rakyat itu hadir dalam dua varian, iaitu versi brek cakera dan brek dram dengan sejumlah enam warna pilihan.

Berikut perincian:

BEZA VARIAN BREK CAKERA vs BREK DRAM

  • Varian Brek Cakera ialah varian tertinggi yang dilengkapi sistem brek cakera pada roda depan dan brek dram di belakang.
  • Varian Brek Dram pula menggunakan sistem brek dram pada kedua-dua roda.
  • Perbezaan seterusnya ialah warna pilihan dan dekal badan.

Warna

  • Varian Brek Cakera: Caribbean Cyan (sian), Vigorous Blue (biru) dan Passionate Red (merah).
  • Varian Brek Dram: Blue (biru), Black (hitam) dan Cyan (sian).

Spesifikasi

  • Enjin patuh Euro4 4-lejang 2-injap silinder tunggal 107cc SOHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (FI).
  • Sebelum ini paparan spesifikasi Kriss 110 Euro 3 menunjukkan kapasiti 108cc.
  • Sistem FI menggantikan penggunaan karburator (PZ19).
  • Memiliki saiz gerek 52.4mm dan lejang 49.5mm dengan nisbah mampatan 9.7:1, sama seperti Kriss 110 Euro3.
  • Output kuasa 6.7hp (5.0kW) @ 8,000rpm, iaitu tinggi sedikit berbanding versi Euro3 (6.57hp atau 4.9kW).
  • Tork versi Euro4 sama seperti generasi terdahulu iaitu 6.7Nm @ 6,000rpm.
  • Sistem nyalaan berasaskan ECU, menggantikan penggunaan Magneto-CDI (Kriss 110 Euro3).
  • Sistem penghidup butang atau penendang kaki (sama seperti varian Euro3).
  • Kotak gear kekal rotari klac automatik 4-kelajuan jenis multiplat klac basah. Nisbah empat gear tiada perubahan.
  • Kapasiti tangki minyak kekal sama, 4.2 liter.
  • Saiz rim aloi kekal 17 inci dengan tayar 70/90 (depan) dan 80/90 (belakang).
  • Ruang simpanan bawah pelana 6.6 liter.

PERBANDINGAN SAIZ

Brek Cakera

  • Memiliki dimensi panjang 1,900mm, lebar 685mm dan tinggi 1,105mm. (dimensi Kriss 110 Euro3: panjang 1,900mm, lebar 830mm, tinggi 1,185mm), manakala jarak roda 1,240mm dan jarak tinggi bumi 145mm.
  • Berat 97kg (sama seperti Kriss Euro3).

Brek Dram

  • Dimensi panjang sama seperti varian Brek Cakera Euro4, termasuk jarak roda dan jarak tinggi bumi (dimensi Kriss 110 Euro3: panjang 1,868mm, lebar 685mm, dan tinggi 1,185mm, manakala jarak roda 1,235mm dan jarak tinggi bumi 145mm.
  • Berat 100kg, iaitu 3kg lebih berat daripada Brek Cakera.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: autoterkini, Kapcai 110cc, Modenas, modenas kriss 110 Euro 4, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my