MASA dinanti-nantikan kini tiba. Pengeluar automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) sah memperoleh 49.9 peratus pegangan saham dalam Proton Holdings Berhad.
Majlis menandatangani perjanjian antara DRB-HICOM dan Geely disaksikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di Putrajaya.
Pembelian saham itu membolehkan Proton mendapat akses kepada pelbagai platform dan enjin di bawah jenama Geely selain berpeluang menembusi pasaran sedia ada di China, termasuk pasaran kenderaan pemanduan sebelah kanan di Asia Tenggara (Asean).
Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, Proton akan terus kekal dan bakal mengalami pertumbuhan ketara dengan kehadiran rakan strategik baharu ini.
“Sememangnya hasrat kami ialah untuk menghidupkan semula jenama Proton di seluruh dunia. Tambahan lagi, Proton ialah kereta nasional yang pertama dan sudah memiliki sejarah selama 30 tahun,” kata Syed Faisal.
BACA >>> 7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?
Dalam pada itu, Proton akan menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta dari Britain, Lotus, kepada Geely Holding, sekali gus menamatkan penglibatan dalam segmen kereta sports.
Geely Holding, yang juga pemilik Volvo Car Corporation dan The London Taxi Company, adalah antara pengeluar utama kenderaan penumpang China.
Syarikat tersebut memiliki operasi di seluruh dunia merangkumi 16 kilang pembuatan, tujuh studio rekabentuk dan lima pusat penyelidikan & pembangunan (R&D).
Usahasama dengan Proton akan membolehkan Geely bertapak di pasaran Asean dan meningkatkan penglibatannya dalam industri pembuatan serta R&D serantau.
Saga3 says
Mengikut laporan berita sebentar tadi Geely memperoleh 51% pegangan dalam Lotus PLC, manakala 49% lagi menjadi pegangan Etika Automotive Sdn Bhd..
Norman says
Kwputusan paling teruk...
Saga3 says
Memandangkan segment sportcar sudah tiada lagi, Proton perlu memperluaskan division R3 bagi segment kereta keluarga berprestasi Tinggi.. Maksud memperluaskan disini, setiap model Proton perlu ada Varian R3 yang berprestasi Tinggi.. Terhad kepada beberapa ratus unit setahun..