SAIC Motor Malaysia (SAIC Motor) hari ini melancarkan dua model baharu dalam barisan produk MG untuk pasaran tempatan, iaitu sedan segmen-B, MG5 serba baharu dan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C, MG HS.
Pelancaran sempena ulang tahun MG ke-100 itu turut meraikan legasi kecemerlangan automotif dan komitmen pengeluar asal Britain tersebut dalam menghasilkan produk automobil berkualiti pada harga mampu milik.
Berikut spesifikasi dua model baharu itu:
1. MG5
Luaran
- Ditawarkan dalam satu varian sahaja pada harga anggaran bawah RM100,000.
- Ada lima warna pilihan: Nuclear Yellow (kuning), Dynamic Red (merak), Arctic White (putih), Black Pearl (hitam) dan Camden Grey (kelabu).
- Memiliki dimensi panjang 4,675mm, lebar 1,842mm dan tinggi 1,480mm, manakala jarak roda 2,680mm.
- Gaya badan coupe fastback sporty
- Rekabentuk gril depan 3D agresif dengan lampu LED penuh pada lampu utama automatik dan lampu siang (DRL) dan lampu belakang.
- Cermin sisi boleh laras elektrik dengan indikator signal belok.
- Ada bumbung suria panoramik.
Dalaman
- Uphoslteri kulit hitam dengan aksen merah.
- Ruang kabin luas fokus-pemandu dan stereng tiga jejari dengan kawalan audio bersepadu.
- Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan dengan sokongan lumbar, dan kerusi penumpang sebelah boleh laras manual.
- Penyaman udara digital zon tunggal dengan penapis udara PM2.5 di depan, dan ada corong penyaman udara di belakang.
- Ciri kawalan jelajah
- Unit infotainment skrin sentuh jenis apung 10.25 inci dengan kamera pandang keliling 360º, termasuk konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
- Kluster instrumen LCD digital penuh 7 inci.
- Ada enam pembesar suara dan tiga port USB.
Trenkuasa
- Dijana enjin petrol 4-silinder 16-injap 1.5L DOHC dengan injap variabe DVVT dengan output kuasa 114ps (111hp) @ 6,000rpm dan tork 150Nm @ 4,500rpm.
- Transmisi automatik iCVT 8-kelajuan.
- Sistem suspensi strut MacPherson dengan bar stabiliser di depan, dan torsion beam (belakang).
- Rim aloi Tomahawk 17 inci.
Ciri Keselamatan
- Dilengkapi sistem bantuan pemandu MG PILOT seperti: Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Pengesan Titik Buta (BSD), Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
- Ciri keselamatan standard diberikan terdiri daripada enam beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Program Stabiliti Elektronik (ESP) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Traksi dan Brek Belokan (TCBC).
- Ada ciri kawalan jelajah.
Waranti
Setiap pembelian MG5 dipakejkan dengan waranti menyeluruh, iaitu waranti kenderaan lima tahun tanpa had perbatuan (mana satu tiba dulu), dan waranti trenkuasa (enjin dan transmisi) tujuh tahun tanpa had perbatuan (mana satu tiba dulu).
2. MG HS
Luaran
Lux
Standard
- Ditawarkan dalam dua varian: Lux (bawah RM150,000) dan Standard (bawah RM130,000)
- Ada empat warna pilihan: Dynamic Red (merak), Arctic White (putih), Black Pearl (hitam) dan Camden Grey (kelabu).
- Memiliki dimensi panjang 4,574mm, lebar 1,876mm dan tinggi 1,664mm, manakala jarak roda 2,720mm.
- Kapasiti but 463 liter dan tambahan hingga 1,287 liter apabika kerusi belakang dilipat.
- Lampu LED penuh untuk lampu depan, lampu DRL dan lampu belakang.
- Cermin sisi boleh laras elektrik dengan indikator signal belok.
- Rim aloi 17 inci.
Dalaman
Lux
Standard
- Unit infotainment resolusi tinggi 10.1 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto serta MG iSMART untuk akses kawalan menggunakan telefon pintar menerusi sambungan Bluetooth.
- Kluster instrumen digital 12.3 inci dengan empat tema paparan.
- Kerusi sport untuk pemandu dan penumpang depan.
- Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan, dan kerusi penumpang depan boleh laras elektrik 4-tetapan.
- Empat pembesar suara dan empat port USB.
- Penyaman udara digital zon tunggal dengan penapis udara PM2.5 di depan, dan ada corong penyaman udara di belakang.
Trenkuasa
- Dijana enjin petrol 4-silinder 16-injap 1.5L Turbo TGI DOHC dengan output kuasa 162ps (159hp) @ 5,600rpm dan tork 250Nm @ 1,700-4,400rpm.
- Transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan
- Sistem suspensi strut MacPherson dengan bar stabiliser di depan, dan Multi-Link (belakang).
Ciri Keselamatan
- Dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) MG PILOT seperti: Amaran Keluar Lorong (LDW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Trafik Sesak (TJA), Elak dan Amaran Tukar Lorong (LDWP), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Amaran Buka Pintu (DOW).
- Ciri keselamatan standard diberikan terdiri daripada enam beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC), Perlindungan Oleng Aktif (ARP), Kawalan Traksi, Kawalan Brek Belokan (CBC).
- Ada ciri kawalan jelajah.
Varian Lux mendapat tambahan bumbung suria panoramik, but kuasa elektrik rim aloi potong berlian 18 inci, brek depan jenis ventilasi, kalliper brek merah depan dan belakang, kamera 360º, pedal syif, mod Super Sport (untuk tambahan kuasa dengan respons terotel, dan rev RPM dipertingkat serta fiil stereng lebih tepat dan padu), sensor wiper, pedal sport, enam pembesar suara, kerusi sport, penyaman udara dwi-zon, lampu ambien 64-tema da, kawalan jauh MG iSMART.
Waranti
Setiap pembelian MG HS dipakejkan dengan waranti menyeluruh, iaitu waranti kenderaan lima tahun tanpa had perbatuan (mana satu tiba dulu), dan waranti trenkuasa (enjin dan transmisi) tujuh tahun tanpa had perbatuan (mana satu tiba dulu).
Maklaumat lengkap semua model MG boleh layari www.mgmalaysia.com.
PREVIU MG CYBERTER
Pada acara ini, SAIC Motor turut melakukan previu roadster EV, MG Cyberster kepada media dan wakil pengedar. Tiada tarikh rasmi model ini akan dibawah masuk dan begitu juga harga tidak didedahkan.
Namun di Indonesia, roadster EV pertama dunia ini dijual pada harga RM489,000!
Leave a Reply