Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Benarkah Honda City Layak Jadi Sedan Segmen-B Terbaik Bawah RM100k?
Autotainment

Benarkah Honda City Layak Jadi Sedan Segmen-B Terbaik Bawah RM100k?

Han OthmanBy Han Othman23/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BENARKAH Honda City sedan terbaik di bawah harga RM100,000?

Dalam kelas sedan bukan nasional, memang tidak syak lagi Honda City antara model paling berbaloi dimiliki walaupun trend masa kini menyaksikan pengguna mula beralih kepada model kenderaan utiliti sukan (SUV).

Namun, sedan seperti Honda City menjadi antara model terlaris dengan meraih 24 peratus daripada jualan keseluruhan Honda Malaysia setakat enam bulan pertama 2024. Ini membolehkan City berada di kedudukan kedua selepas Honda HR-V sebagai model terlaris Honda Malaysia.

MASIHKAH BERBALOI DIBELI?

Sudah tentu. Ini kerana Honda baru saja mengemas kini City pada penghujung tahun lalu yang diilengkapi pelbagai ciri moden yang setanding dengan pesaing lain di pasaran.

Soalannya, benarkah Honda City sedan terbaik bawah harga RM100,000? Kenapa?

1. Harga Mampu Beli!

* Harga tidak termasuk insurans

Dulu ada yang komplen, model Honda cuma gah pada nama dan kedekut hendak berikan ciri yang bagus yang setanding pesaing lain. Tetapi kini tidak lagi. Anda kini boleh dapatkan varian City versi petrol paling premium (City RS) pada harga RM99,900. Memang bawah RM100,000 kan?

2. Jimat Petrol!

Enjin Honda City e:HEV RS yang lebih jimat.

Honda City juga jimat minyak. Dijana enjin 4-silinder 1,498cc DOHC 16-injap i-VTEC dengan sistem suntikan bahan api (PGM-FI), berkuasa 121ps @ 6,600rpm dan tork 145Nm @ 4,300rpm, serta transmisi automatik CVT, sedan subkompak ini menawarkan penjimatan hingga 5.6 liter per 100km.

Jimatkan?

Nak jimat lagi pun boleh, tapi kena ambil varian hibrid e:HEV RS-lah. Varian ini boleh jimat sampai 3.6 liter per 100km tau. Dan harganya cuma RM111,900 sahaja. Tapi sebab tajuk artikel ini pasal sedan berbaloi bawah RM100,000, abaikan sajalah tambahan RM12,000 itu.

Tapi, kata orang, alah membeli menang memakaikan. Lagi satu, waranti untuk bateri hibrid litium-ion untuk Honda City e:HEV RS diberi sampai lapan tahun tanpa had perbatuan tau. Amacam?

3. Sistem Audio Mantap

Bermula varian E dan ke atas, semuanya diberikan unit infotainment 8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, port USB di belakang dengan varian petrol RS dan e:HEV RS mendapat ciri wayarles untuk sambungan ke dua aplikasi berkenaan.

Setiap varian pula mendapat empat pembesar suara, cermin sisi boleh laras elektrik, stereng dengan suis kawalan audio, konsol tengah dengan perehat lengan, kerusi boleh lipat 60:40, sistem penghidup butang (push start button), ciri Walk Away Auto Lock yang mana pintu dikunci automatik apabila pemandu meninggalkan kereta dan pedal syif!

4. Semua Ada Honda SENSING!

Ya, ini memang benar-benar, bukan cobaan! Mungkin ada yang tidak tahu, Honda City baharu ini dipakejkan bersama ciri Honda SENSING untuk semua varian walaupun pada varian paling asas sekalipun.

Kepada yang tidak tahu, Honda SENSING ialah nama khas digunakan Honda untuk sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), iaitu ciri model yang digunakan banyak kereta model masa kini.

Ada lapan ciri Honda SENSING yang ada pada semua varian Honda City baharu ini, iaitu:

  • Notifikasi Kereta Depan Gerak (LCDN)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Rempuhan (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Tukar Jalan (RDM)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Susur Halaju Perlahan (LSF) – hanya untuk varian e:HEV RS

5. Sistem Keselamatan Lengkap, Semua Varian Dapat!

Ini pun menarik untuk diperkatakan. Honda City baharu ini dilengkapi ciri keselamatan lengkap untuk semua varian daripada S, E, V dan RS, termasuk e:HEV RS.

Ciri keselamatan tersebut terdiri daripada enam beg udara, pautan kerusi ISOFIX kanak-kanak jenis I-Size, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)  dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Bantuan Daki Bukit (HSA), Signal Henti Kecemasan (ESS), dan sensor undur, manakala varian V, RS dan e:HEV RS mendapat tambahan Honda LaneWatch (HCL).

6. Dapat Rating 5-Bintang Asean NCAP!

Tahukah anda Honda City baharu ini sudah menjalani penilaian keselamatan Asean NCAP dengan meraih skor 5-bintang. Ini bukan kenyataan syok sendiri daripada Honda, tetapi memang sudah terbukti menerusi ujian dilakukan pihak ketiga profesional!

7. Pakej Waranti Terbaik

Setiap pembelian Honda City, anda layak mendapat waranti lima tahun tanpa had perbatuan, termasuk lima kali upah buruh percuma sepanjang 100,000km perbatuan atau lima tahun, tertakluk terma dan syarat. Memang berbaloi-baloi!

Foto Honda City e:HEV RS
autotainment Honda Honda City Roda4 Sedam Subkompak sedan segmen-B tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026
Sukan Permotoran

dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

18/03/2026
Lepas Malaysia buat baju raya khas
Auto Terkini

Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

19/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.