PERODUA masih mendominasi senarai 10 jenama automotif utama negara selepas merekodkan jumlah kenderaan paling banyak didaftarkan di Malaysia untuk tempoh tujuh bulan pertama 2024.
Jumlah pendaftaran kenderaan jenama Perodua sehingga 31 Julai 2024 adalah sebanyak 201,942 unit dengan lima model keluarannya menduduki enam tangga teratas senarai jualan kenderaan terbaik.
Model Perodua yang merekodkan pendaftaran terbanyak ialah Bezza, Axia, Myvi, Alza dan Ativa. Model sedan pesaing paling rapat, Proton Saga nampaknya sudah memintas prestasi Myvi untuk menduduki ranking ketiga dalam senarai berkenaan.
SUMBER: Data Malaysia
Leave a Reply