GREAT Wall Motor (GWM) dalam strategi perniagaan jangka panjang menekankan empat teras strategik globalisasi terdiri daripada pembuatan tempatan, dioperasikan secara tempatan, diusahakan secara tempatan dan rangkaian bekalan bersepadu.
Strategi itu memberikan hasil cemerlang menerusi peningkatan jualan global setinggi 62.59 peratus dengan jualan 201,500 unit seluruh dunia sepanjang penggal pertama 2024.
GWM HAVAL H6 BAKAL LANCAR!
Wakil pengedar tempatan, GWM Malaysia turut menonjolkan dominasi menerusi pelancaran beberapa jenis model sepanjang tahun ini dengan GWM Haval H6, yang digelar 'kenderaan utiliti sukan (SUV) terlaris China' menanti masa dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.
Haval H6 juga bakal menjadi model GWM pertama dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) yang mana produk CKD sulung itu ialah projek kerjasama dengan syarikat pelaburan automotif tempatan, EPMB.
Fasiliti CKD itu bakal memainkan peranan penting dalam pelan GWM untuk mewujudkan kehadiran jenama itu di pasaran Asean menerusi jualan komprehensif, perkhidmatan selepas jualan dan jaringan infrastruktur alat ganti.
Perkongsian strategi ini mampu menawarkan lebih banyak barisan kenderaan berkualiti tinggi pada harga mampu milik, dan pada masa sama menjana peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia selain meluaskan pelan pengeluaran GWM di luar negara dan memenuhi perminatan pasaran antarabangsa.
GWM TERIMA LEBIH 300 UNIT TEMPAHAN TANK 300
Seiring komitmen global dana mempromosi penyelesaian mobiliti mampan, GWM meluarkan barisan produk menerusi pengenalan kenderaan mesra alam di Malaysia untuk memenuhi permintaan tempatan bermula dengan pelancarana hatchback elektrik GWM Ora Good Cat pada penghujung 2022.
Pada 2024, GWM meningkatkan kehadiran di pasaran tempatan menerusi pengenalan GWM Ora 07 pada April tahun ini dan GWM TANK 300 pada Julai 2024 dengan menerima maklum balas menggalakkan daripada kalangan pengguna. Malah juara SUV off-road di China itu mendapat tempahan lebih 300 unit dalam masa terdekat sejak dilancarkan.
Sejak memasuki pasaran Malaysia pada 2022, GWM komited mentakrifkan konsep automobil dengan pendekatan inovatif untuk menghasilkan kenderaan yang mesra pengguna. Ini seiring falsafah dibawa, 'kereta bukan hanya mod pengangkutan, tetapi menyerlahkan gaya hidup anda'.
Berikut model GWM yang sudah di pasaran Malaysia:
- GWM Ora Good Cat
- GWM Ora 07
- GWM TANK 300
Komitmen untuk memberikan produk inovatif dan perkhidmatan cemerlang sentiasa menjadi teras misi kami di Malaysia.
"Kami mensasarkan untuk meletakkan GWM sebagai jenama terkenal dan dipercayai, serta diiktiraf atas dedikasi kami dalam kualiti dan kepuasan pengguna."
- Pengarah Urusan GWM Malaydia, Mike Cui An Qi
Leave a Reply