• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Yamaha Y-AMT - Tukar Gear Automatik atau Guna Tuil Jari, Tanpa Klac Tangan dan Pedal Gear Kaki!

Yamaha Y-AMT - Tukar Gear Automatik atau Guna Tuil Jari, Tanpa Klac Tangan dan Pedal Gear Kaki!

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMPAKNYA pengeluar motosikal berturut-turut mengeluarkan teknologi bebas tuil klac tangan. Honda misalnya memperkenalkan E-Clutch, manakala BMW dengan Automated Shift Assitant (ASA).

Terbaharu, Yamaha memperkenalkan Y-AMT (Yamaha Automated Manual Transmission). Walaupun tidak perlu menarik tuil klac, tetapi ketiga-tiga ciri itu beroperasi berbeza.

Honda E-Clutch masih menawarkan tuil klac, manakala BMW dan Yamaha langsung menghilangkan ciri itu. Antara BMW dan Yamaha pula, jenama Jerman itu kekal dengan gear di kaki, manakala Yamaha menggunakan tuil jari tangan dan tanpa pedal kaki!

Y-AMT akan digunakan pada MT-09 baharu yang dilancar di Jepun pada penghujung 2024.

Selain mod MT (manual) yang mana penunggang menggunakan jari untuk menukar gear, sistem Y-AMT juga mempunyai mod AT (automatik) yang menukar gear sendiri. Jadi penunggang bebas memilih mod anjakan gear mengikut situasi sama ada ketikan menunggang di bandar, lebuh raya dan sebagainya.

Kedua-dua mod MT dan AT mempunyai respons pantas yang memberikan anjakan gear seperti penunggang mahir tanpa menjejaskan prestasi tunggangan sporty.

Yamaha bukan baru dalam teknologi tanpa tuil klac tangan kerana pernah memperkenalkan sistem transmisi manual automatik pertama dunia pada 2006, iaitu Yamaha Chip Controlled Shift (YCC-S).

Melalui sistem itu, penunggang boleh menukar gear menggunakan tangan atau kaki yang boleh dilakukan tanpa tuil klac tangan. Yamaha terus membangunkan sistem tersebut dengan melengkapkan pada model kenderaan rekreasi atau ROV menggunakan mekanisme sama.

Ciri Yamaha Automated Manual Transmission (Y-AMT)

  • Y-AMT mengautomasikan anjakan gear menggunakan aktuator (penggerak).
  • Mekanisme itu menggantikan operasi anjakan dilakukan penunggang (tuil klac dan pedal gear kaki) tanpa perubahan besar pada asas transmisi manual.
  • Kaedah itu mengekalkan fiil langsung dan kepuasan hati transmisi gear manual.
  • Apabila menukar gear, unit kawalan enjin (ECU) dan unit kawalan motor (MCU) akan mengoperasikan aktuator terhubung dan melaraskan satu sama lain.
  • ECU mengawal pencucuhan enjin atau suntikan bahan api apabila menukar gear ke atas dan terotel elektronik apabila menurunkan gear.
  • MCU turut mengarah aktuator melakukan anjakan gear dan operasi klac secara optimum.
  • Kawalan optimum pada rev enjin (rpm) tinggi dicapai dengan tidak melepaskan sepenuhnya klac mengikut situasi.
  • Masa anjakan gear yang pantas dicapai dengan menggunakan gegelung pada rod anjakan gear.
  • Dua pakej operasi itu dan bersama kawalan enjin dan klac membolehkan Y-AMT menukar gear dengan pantas dan mengurangkan kejutan anjakan gear, sekali gus memberikan fiil yang natural.
  • Penukaran mod anjakan gear tersedia pada butang AT/MT kotak suis bar hendal yang juga baru dibangunkan Yamaha.
  • Mod MT membolehkan anjakan gear pantas dan lancar seperti transmisi manual, tanpa memerlukan penunggang menukar gear seperti biasa. Ini kerana Y-AMT dibuat tanpa tuil klac tangan atau pedal gear kaki.
  • Dalam mod AT, gear optimum dipilih automatik mengikut kelajuan dan bukaan terotel, dan penunggang hanya perlu menguruskan terotel dan brek.
Yamaha Y-AMT 2024.01
Yamaha Y-AMT 2024.06
Yamaha Y-AMT 2024.02
Yamaha Y-AMT 2024.01
Yamaha Y-AMT 2024.02
Yamaha Y-AMT 2024.03
Yamaha Y-AMT 2024.07

Related

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Y-AMT, Yamaha Automated Manual Transmission, yamaha mt-09, Yamaha Y-AMT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev