• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Jual 39.2k Unit Kenderaan Enam Bulan Pertama 2024

Honda Malaysia Jual 39.2k Unit Kenderaan Enam Bulan Pertama 2024

July 24, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Malaysia mencatat pencapaian berganda selepas menyempurnakan kiriman Honda Civic ke-170,000 unit dan HR-V ke-150,000 unit kepada dua pelanggan bertuah.

Majlis penyerahan khas itu diadakan di Honda Botanic Auto Mall Sdn Bhd di Klang, Selangor. Menariknya, kedua-dua pemilik baharu itu menerima hadiah eksklusif dan aksesori Honda tulen bernilai RM10,000!

PEMBELI BERTUAH

  • Lim Chin Hui ialah pembeli Civic ke-170,000 dengan varian 2.0L e:HEV RS
  • Asha Waheda ialah pemilik HR-V ke-150,000 dengan varian 1.5L e:HEV RS

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

Kami mahu menyatakan terima kasih kepada semua pelanggan kerana memberi sokongan berterusan dan keyakinan terhadap jenama Honda."

"Model Honda semakin popular dan peningkatan permintaan disebabkan sokongan pelanggan. Memasuki generasi ke-11, Civic ialah model ikonik Honda dan mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu kelas kenderaan bukan nasional segmen-C selama lapan tahun berturut-turut sejak 2016.

"HR-V pula memenangi hati ramai rakyat Malaysia sejak debut di Malaysia sembilan tahun lalu dan menetapkan penanda aras baharu dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak. Dengan rekabentuk luar biasa dan pilihan trenkuasa termaju, kami percaya HR-V akan terus kekal jadi SUV kompak kegemaran rakyat Malaysia."

PRESTASI JUALAN HONDA

  • Sepanjang enam bulan pertama 2024, Honda Malaysia merekodkan jualan 39,200 unit kenderaan, meningkat 16 peratus berbanding tahun terdahulu.
  • Honda HR-V menjadi model paling banyak dicari pelanggan dalam segmen SUV bukan nasional yang menyumbang 28 peratus kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia.
  • Model kedua paling laris ialah Honda City, mewakili 24 peratus daripada jumlah jualan, disusuli Honda CR-V (15 peratus).
  • Siri hibrid e:HEV pula menyumbang 13 peratus kepada jumlah jualan sepanjang separuh pertama 2024 Honda Malaysia. Siri itu terdiri daripada model City, City Hatchback, Civic, HR-V dan CR-V.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Hironobu Yoshimura, Honda Botanic Auto Mall, Honda Civic, Honda HR-V, Honda Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev