• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Naik Taraf Lesen B2 Kepada B Full, Ini Jawapan Loke...

Naik Taraf Lesen B2 Kepada B Full, Ini Jawapan Loke...

July 15, 2024 By Shawkath 30 Comments

189
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI individu setia menunggu khabar berita tentang naik taraf lesen motosikal secara automatik daripada kelas B2 (bawah 250cc) kepada lesen B penuh (B Full) semenjak idea itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Cadangan mengenai naik taraf lesen motosikal itu diumumkan pada Ogos 2023 di Pekan, Pahang dan Ahmad Zahid juga berkata perkara itu akan dibawa ke perhatian Kementerian Pengangkutan (MOT).

Dua bulan kemudian di Melaka, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan, Aedy Fadly Ramli pula menyatakan JPJ akan memuktamadkan kajian naik taraf lesen motosikal untuk B2 kepada B pada akhir tahun 2023.

Katanya, perkara itu akan diselesaikan tahun itu juga tetapi tetap perlu menunggu keputusan MOT kerana melibatkan aspek dasar.

Awal Januari lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan perkara itu masih di peringkat perbincangan termasuk kajian sedang dijalankan.

Pada bulan sama, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, pihak Kerajaan sedang mencari mekanisme untuk mempercepatkan pelaksanaan cadangan naik taraf lesen motosikal Kelas B2 kepada B penuh secara automatik.

Hari ini soalan mengenai mekanisme naik taraf lesen secara automatik dibangkitkan semula semasa sidang media selepas tamatnya mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) di Kuala Lumpur.

Loke memberi jawapan ringkas iaitu:

Nanti saya akan umumkan."

Related

189
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aedy Fadly Ramli, Anthony Loke, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, lesen B Full, Lesen B2 automatik B Full

Comments

  1. JULSOKA says

    July 17, 2024 at 7:41 AM

    Nt tu bila YB..penantian tu satu penyeksaan, jgn kasi lama nt basi.. rakyat marhaen lama sudah menunggu kabar gembira terutama mereka yg cukup2 bajet.

    Reply
  2. Beamark says

    July 17, 2024 at 10:15 AM

    B2 naik cc ke 500cc ok dah. Kalau nak naik B2 ke B terus kena pikir panjang

    Reply
  3. Mohd Razali says

    July 17, 2024 at 10:22 AM

    Sangat setuju...
    Kerana kebanyakan pengeluar motosikal sekarang sudah berlumba lumba memperbesar CC motosikal masing-masing tetapi dlm masa yg sama kelajuannya telah dihadkn.
    Saya pemegang lesen B2 selama 32th... nk beli /bawa skuter cc 300 ke atas tk blh.

    Reply
  4. Abdullah Fadzwa B Abdul Wahab says

    July 17, 2024 at 10:36 AM

    Salam Sejahtera YB, saya pernah menyuarakan pendapat@cadangan via email pada tahun 2016 ketika brtugas d sebuah syarikat swasta pembayaran elektronik yg trkemuka d Malaysia. Cadangan 1) Menarik taraf lesen B2 ke B secara automatik pd mereka yg telah mempunyai lesen lebih drpd 5 tahun tanpa melalui Ujian d Sekolah Memandu dengan bayaran Mesra Rakyat.
    2) Memansuhkan lesen B2 kepada B1 utk pemohon baru sahaja. (Seperti mana berlaku pd Lesen B3 suatu ketika dahulu).
    Sekian dan semoga mendapat pertimbangan yg sewajarnya drpd pihak YB & TIM. Terima kaseh drpd Mantan Pelajar SMSA tahun 81-85. [Sek Men Sri Ampangan]

    Reply
  5. Wan says

    July 17, 2024 at 1:55 PM

    Tentu ada kes di mana baru dapat full B terus pinjam atau sewa tanpa ada pengalaman handling motor besar.. Kena biasa dulu dengan motor besar dgn guna L sebagai syarat.
    Kerajaan buat kajian dulu. Contoh ambil 1000 orang yang dapat full B secara ujian Dan 1000 orang yg dapat secara otomatik. Apakah hasilnya dari aspek sikap, tunggangan selamat dan bertimbang rasa.

    Reply
  6. Mohd Khozim Bin Ismail says

    July 17, 2024 at 2:42 PM

    Naik ke B full lagi cepat mampus..

    Reply
  7. Azhan bin Mohamed says

    July 17, 2024 at 6:17 PM

    Semoga hasrat Dato' Zahid Hamidi tercapai serta menjadi kenyataan secepat mungkin
    Terima kasih

    Reply
  8. NORASMI BIN MOHD NOH says

    July 17, 2024 at 6:59 PM

    Penunggang motorsikal Lesen B2 automatic Lesen B Full, hanya yang sudah memilikinya selamba 20 tahun layak secara automatic diberi Lesen B full.

    Reply
  9. Aminnuddin72 says

    July 17, 2024 at 8:11 PM

    Handling moto yg lbh berkuasa X sama ,ujian perlu utk B full

    Reply
  10. Sukardi Bin Suratman says

    July 17, 2024 at 9:34 PM

    Ada baik nya cadangan tersebut TIDAK FI LUKUSKAN Kerana,,

    1/ Mengendalikan CC Besar atas 250cc Tidak Semudah yang di katakan walaupun sudah memiliki Lesen B2. Masih banyak perkara yang perlu di pelajari dari sudut menunggang cara selamat.

    Pemilik Lesen B pun sentiasa menambah baik kemahiran menunggang dari mass ke semasa,

    2/ Kos Pembelajaran Tidak Sama, Adalah Tidak Adil pemilik B2 di naik taraf secara otomatik.

    Reply
  11. Zulkifli Bin Mohd Radzi says

    July 17, 2024 at 10:16 PM

    Melebihi tahun memiliki lesen kelas b2 akan terus nak taras b full di alu-alukan tanpa ada apa2 ujian lagi pada pemandu yang sudah memiliki lesen b2 terus pada lesen b full

    Reply
  12. AHMAD TARMIZI says

    July 17, 2024 at 11:15 PM

    Mohon Yb.buat kajian sblum melaksana kan utk menaik taraf lesen B2- B, kepada pengguna yg telah memiliki lesen melebihi 5 thn.keatas,tiada rekod saman,kemalangan.T.Kaseh

    Reply
  13. Musa bin hj.mohd noor says

    July 18, 2024 at 12:46 AM

    Sangat2 dialu-alukan,tahniah kepada yang mencadangkan, sangat2 membantu rakyat.

    Reply
  14. Lachikmalik says

    July 18, 2024 at 8:05 AM

    Lesen B2 tak perlu sampai B full cukup setakat 500cc kebawah pun dah ok. Sebab 250cc dengan 500cc imbangan beratnya lebih kurang saja..

    Reply
  15. [email protected] says

    July 18, 2024 at 9:37 AM

    Keputusan terbaik pemegang lesen yang melebihi20 tahun dan warga emas yang memerlukan lesen lesen kelas motor B yang telah berpengalaman lama

    Reply
  16. Musa Abdullah says

    July 18, 2024 at 11:23 AM

    Alhamdulilah Terima kasih Yb Zahid Dan Yb loke

    Reply
  17. Rizan says

    July 18, 2024 at 11:45 AM

    Tak dapat b full .
    Dapat naik kan cc b2 dari 250cc ke 500cc pun dah ok dah

    Reply
  18. mohd rabi shahidan says

    July 18, 2024 at 12:14 PM

    ini cadangan sahaja , yg memegang lesen B2 selama 15 tahun keatas layak menerima lesen B full

    Reply
  19. Rustam says

    July 18, 2024 at 1:09 PM

    Rustam 18/07/2024
    Kerajaan bagilah Bfull tu pada org yg telah memegang B2 lebih dari 5 tahun.

    Reply
  20. HAMIZI BIN HUUSSAIN says

    July 18, 2024 at 1:23 PM

    ORG YG ADA B2 BOLEH DICADANGKAN NAIK KPD LESEN B SECARA AUTO DG SYARAT TELAH MILIKI B2 MELEBIHI 15 TH KE ATAS DLM KELAS B2..JIKA MILIKI B2 KURANG DR 15 THN TAPI LEBIH DR 12 THN SECARA AUTO NAIK KELAS B1 ..JIKA SESEORG ITU INGIN SEGERA MILIKI LESEN B OR B1 MAKA SESEORNG ITU PERLU LALUI TEST LESEN B OR B1 SEPERTI BIASA BEGITU B2 DI TEST SPT BIASA..TQ.

    Reply
  21. Zulkiply bin A Aziz says

    July 18, 2024 at 2:05 PM

    Lembab betul Kementerian memberi jawapan...tersangat lembab...jangan bagi alasan bodoh....untuk menaikkan taraf B2 ke B full....percepatkanlah keputusan ko tu...Anthony Loke....tersangat lembab betul...

    Reply
  22. Penunggang kapcai says

    July 18, 2024 at 4:25 PM

    Harap X de le tambahan Kos lg

    Reply
  23. Afiq says

    July 18, 2024 at 6:37 PM

    Bodoh ke ape harga pun mahal Ngan susah lak tu babi tul JPJ nak duit je tahu lancau

    Reply
  24. rai says

    July 19, 2024 at 12:09 PM

    pelik betul aku..naikkan diesel, laju je

    Reply
  25. Sunyi says

    July 19, 2024 at 2:08 PM

    Malaysia boleh🥰😍

    Reply
  26. Syed Putra says

    July 19, 2024 at 2:54 PM

    Saya syorkan pemegang lesen B2 melebehi 10 tahun je yg layak dinaik taraf B full.

    Reply
  27. Foxhound says

    July 19, 2024 at 10:50 PM

    Benar, mansuh lesen b2, ganti dengan b1 sudah memadai.

    Reply
  28. Kanglee says

    July 20, 2024 at 8:19 AM

    Cadangan :
    Syarat utk naik kn B2 ke B
    1. Telah memiliki lesen B2 lebih 10 tahun
    2. Bebas dari kemalangan yg berpunca kecuaian sendiri
    3. Sihat tubuh badan ( tidak cacat angota badan melalui pengesahan Klinik Kesihatan )

    Reply
  29. Zulkefli Zahari says

    July 20, 2024 at 4:25 PM

    Setuju amat weh.. dpt kawe pakai Triump 400 cc nanti .. moge2..

    Reply
  30. Hanafi Bin Abdul halim says

    July 21, 2024 at 11:57 PM

    Jika itu jawapan loke,pastinya takkan berlaku awal,jika ada awal adalah berlaku nya Pru atau prn utk menarik undi B40..
    Masakan keputusan sebegitu di ambil masa bertahun lama nya..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev