CADANGAN menaik taraf lesen memandu motosikal untuk kelas B2 kepada B secara automatik kini berada di peringkat akhir penelitian Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, pelaksanaan cadangan itu dijangka dibentangkan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selewat-lewatnya akhir tahun ini sebelum pengumuman dilakukan.
Beliau berkata;
Cadangan berkenaan melibatkan dasar dan JPJ menunggu keputusan daripada MOT sebelum ia dibentang untuk pelaksanaan.
"Kalau perlu bawa ke Jemaah Menteri, kita akan bawa (cadangan pelaksanaan)... dalam tahun ini juga kita akan selesaikan."
Pada Ogos lalu, media melaporkan Ahmad Zahid memberi cadangan kepada MOT supaya menaik taraf lesen memandu motosikal kelas B2 kepada B secara automatik.
SUMBER: Bernama
Azrul says
Klu mcm tu dh xda istewa yg ambil lesen B full, buat penat n habis duit tuk ambil lesen B full dulu,....