BANYAK kenderaan moden di pasaran hari ini hadir dengan pelbagai teknologi keselamatan dan bantuan pemanduan canggih, tetapi semua itu jadi tiada bermanfaat jika tayar kereta kita berada dalam kondisi kurang baik.
Ini kerana kondisi tayar kurang baik akan menyukarkan semua teknologi canggih itu membantu menyelamatkan atau menjamin keselamatan jika berdepan kecemasan.
Perlu ingat, tayar adalah satu-satunya komponen yang menghubungkan kereta dengan permukaan jalan. Sebab itulah kita perlu menggunakan tayar berkualiti demi keselamatan terbaik sepanjang pemanduan.
Antara tayar berkualiti boleh dipercayai ialah Continental MaxContact MC7 yang diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada April lalu. MaxContact MC7 ialah tayar generasi ketujuh selain SportContact 7, Ultra Contact UC7 dan ComfortContact CC7.
PENGENDALIAN JITU SEPANJANG MASA
Apa menarik di sebalik MaxContact MC7 ialah binaan tayar itu yang cukup praktikal untuk pemandu atas jalan raya Malaysia
Tayar baharu itu mempunyai tiga elemen penting, iaitu daya kawalan maksimum, jarak membrek lebih pendek dan perjalanan lebih senyap yang membolehkan pemandu mendapat pengendalian jitu sepanjang ketika pemanduan. Berikut perincian mengenai ciri berkenaan:
1. Kawalan Maksimum
Bahagian luaran tayar menanggung daya tekanan paling tinggi ketika kenderaan menyusuri laluan berselekoh. Ini kerana berat kenderaan dan semua beban muatan dipindahkan ke bahagian luar tayar ketika membelok.
Kelebihan tayar MaxContact MC7 ialah beban dan tekanan itu akan diagihkan ke bahagian tayar lain menerusi struktur binaan Blok Makro Pembelokan.
Binaan itu membolehkan tayar ini memaksimum sentuhan tayar lebih luas atas permukaan jalan, sekali gus menguatkan daya cengkaman atas jalan untuk merasai kestabilan dan pengendalian lebih baik.
Kandungan atau kompaun ReFlex dalam MaxContact MC7 pula membantu meningkatkan kekuatan ketegaran tayar yang memberi daya rintangan lebih unggul untuk mencegah perubahan bentuk tayar. Ini menambah kawalan stereng lebih responsif .
Kompaun ReFlex ini dicipta dengan campuran polimer dengan teknologi dan ramuan baharu dalam pembuatan tayar yang bertujuan meningkat tahap keselamatan jalan.
2. Jarak Brek Lebih Dekat
Selain teknologi tersebut, permukaan tayar MC7 mengguna tiga corak alur potongan lazer tiga dimensi (3D) berbentuk alur bintang, alur kilat dan alur bawah-tanah ‘Aquasipes’.
Semua corak dan potongan alur itu memainkan peranan bersama untuk membelah lapisan filem takungan air atas jalan dari pelbagai sudut dan arah. Ini membantu menyisih keluar air lebih cepat dari alur tayar.
Apabila air disisih keluar melalui rekabentuk alur lebih sempit dalam teknologi Noise Breaker 3.0, pengaliran jadi lebih cekap, dengan daya dan kekuatan cengkaman tayar ketika hujan lebat akan bertambah kuat berbanding tayar jenama lain, sekali gus lebih selamat dengan prestasi jarak membrek lebih dekat.
3. Lebih Senyap
Bukan sekadar memastikan grip dan prestasi tayar pada tahap tinggi, MaxContact MC7 turut meningkatkan keselesaan dan kesenyapan ketika memandu, terutama penambahbaikan prestasi senyap.
Kelebihan ini dibantu teknologi Noise Breaker 3.0 yang mana ketika tayar bergerak atas jalan, ini akan menghasilkan bunyi ketika gelombang bunyi bergetar melalui alur dan blok tayar.
Disinilah teknologi Noise Breaker 3.0 membantu mengurangkan frekuensi bunyi melalui posisi dan corak rekabentuk sekeliling alur tayar untuk menyingkirkan gelombang bunyi kepada frekuensi rendah.
Apabila frekuensi bunyi dipecahkan di peringkat tayar, kabin jadi lebih senyap dan aman, serta pada masa sama masih dapat menikmati pengendalian sporty.
30 PILIHAN PROFIL TAYAR MAXCONTACT MC7
MaxContact MC7 didatangkan dalam pilihan 30 saiz tayar bermula rim 16 inci hingga 21 inci. Semua senarai saiz rim itu adalah seperti berikut:
WARANTI 12 BULAN!
Satu lagi kelegaan kepada pengguna adalah tayar MaxContact MC7 ini dipakejkan bersama waranti 12 bulan melalui Pelan Keyakinan Menyeluruh Continental (Continental Total Confidence Plan, Conti TCP).
TCP ialah waranti pakej komprehensif untuk melindungi tayar MC7 di bawah waranti kerosakan tayar secara tidak sengaja di jalan raya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh pembelian disediakan Continental Tyres Malaysia.
Ini bermakna pengguna tayar MC7 boleh menukar tayar baru satu dengan satu jika memenuhi semua syarat dan terma ditetapkan Continental Malaysia.
Namun, jangan lupa memuat turun aplikasi Conti TCP untuk pendaftaran waranti melalui Google Play Store, Huawei AppGallery atau Apple App Store.
Kemudian, lengkapkan maklumat dengan mendaftar kenderaan dan memuat naik resit pembelian untuk menikmati waranti disediakan. Maklumat lanjut TCP boleh layari Continental Malaysia.
Jika mahu tahu lebih lanjut mengenai tayar MacContact MC7 atau membuat pembelian, bolehlah singgah ke platform Shopee atau Lazada. Kini semua di hujung jari.
Menerusi pelancaran MC7, Continental juga memperluas Teknologi ContiSeal, iaitu ciri tampal sendiri kepada barisan produk UltraContact 7, PremiumContact 6 dan UltraContact 6 SUV. ContiSeal direka untuk menutup lubang secara automatik yang membolehkan pemanduan diteruskan yang tidak dapat dilakukan tayar pesaing lain..
Leave a Reply