• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota CH-R Masuk Malaysia Sabtu Ini?

Toyota CH-R Masuk Malaysia Sabtu Ini?

May 10, 2017 By Abang GYL 4 Comments

15.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

toyota ch-r malaysiaBERITA gembira bagi yang sedang ternanti-nanti kehadiran Toyota CH-R! Buat pertama kalinya model SUV berkenaan bakal membuat penampilan di Malaysia, Sabtu ini.

Berdasarkan sumber kami terima, model yang bakal dipertontonkan kepada rakyat Malaysia ialah Toyota CH-R versi 1.2L Turbo.

Bagaimanapun pasaran Malaysia mungkin tidak akan melancarkan versi berkenaan sebaliknya memperkenalkan enjin bersesaran 1.8L Hybrid.

BILA NAK DILANCARKAN

Buat permulaan, UMW Toyota Motor dikhabarkan bakal membawa masuk Toyota CH-R versi diimport sepenuhnya (CBU) sebelum memperkenalkan model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Toyota di Bukit Raja, Shah Alam.

Begitu juga dari aspek spesifikasi, kami dikhabarkan pihak UMW Toyota masih belum mempunyai kata putus varian apa yang bakal dibawa masuk untuk pasaran Malaysia.

BACA >>> Toyota C-HR Spesifikasi UK, Enjin Turbo dan Hibrid Jadi Sandaran

ANGGARAN HARGA

Tambah sumber itu lagi, Toyota CH-R versi CBU dijangka akan lebih mahal berbanding CKD. Anggaran harga bagi versi CBU adalah sekitar RM160,000. Manakala versi CKD pula akan dijual pada harga lebih kompetitif. Kemungkinan sekitar RM125,000.

ENJIN TURBO

Sedia maklum, Toyota CH-R yang sudah dilancarkan diperkenal dalam dua pilihan enjin iaitu 1.2L Turbo dan 1.8L Hybrid.

Berikut ialah spesifikasi enjin Toyota CH-R bagi pasaran UK;

  • 1.2 Petrol Turbo (115 HP) Multidrive S - kod enjin 8NR-FTS, 16 injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api D-4, 185Nm@1,500-4,000rpm, transmisi CVT, 179kmj, 0-100kmj 11.4 saat.
  • 1.8 Petrol Hibrid (122 HP) Automatik - kod enjin 2ZR-FXE, 16 injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api EFI, 142Nm@3600rpm, motor depan elektrik jenis sinkroni magnet tetap, jenis bateri logam nikel hidrida, transmisi Automatik Hibrid, 169kmj, 0-100kmj 11 saat.

Jika anda mahu menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang terawal melihat kehadiran Toyota CH-R, jom ramai-ramai ke Pusat Konvensyen Setia Alam, Sabtu ini.

GALERI

Hibrid
Rim Aloi 18-inci 5-jejari berganda
ICON
Rim Aloi 18-inci 10-jejari berganda
CVT
Manual
EXCEL
DYNAMIC

Related

15.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: CH-R, harga Toyota CH-R, suv Toyota CH-R, Toyota CH-R 2017, Toyota CH-R Malaysia, Toyota CH-R masuk malaysia, UMW Toyota Motor

Comments

  1. Mohd Yani says

    May 10, 2017 at 8:15 PM

    How to book?

    Reply
  2. Sengal says

    May 11, 2017 at 5:22 PM

    Mcm bangang.. Kata masuk sabtu... Bawah baca umw xtau nk bawak masuk varian ape lg... Tajuk betulkan la.. Pui.. Kahkah

    Reply
    • ABG GYL says

      May 11, 2017 at 9:57 PM

      Hang yang patut baca betul-betul. Sabtu ni hanya previu saja. Jual hujung tahun. Lain kali bagi baca betul-betul

      Reply
  3. Mat Dang says

    May 11, 2017 at 7:25 PM

    Sayang sekali hp dan tork nya agak kecil berbanding yg sekelas dlm segmennya dari jenama honda, mazda dan lain lainnya...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my