DUA lelaki berdepan detik genting apabila kereta dipandu dihempap sebatang pokok di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah pada jam 3.40 petang, semalam. Mangsa ialah Ismail Yaakob, 61, dan Miswan Syah Dasnir, 38 yang kedua-duanya tidak mengalami kecederaan.
Ismail mendakwa dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sri Derga sebelum pokok tiba-tiba tumbang menimpa Perodua Kelisa dipandunya ketika sedang berhenti di simpang jalan.
Ismail berkata, dia terdengar jeritan kuat dari kedai makan berdekatan sebelum satu dentuman kuat kedengaran yang memaksanya keluar dari kereta menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan jam 3.43 petang dan mendapati sebatang pokok tumbang menghempap dua kereta.
Kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar orang awam dari kereta masing-masing sebelum anggota penyelamat sampai di lokasi.
SUMBER: Kosmo
Leave a Reply