• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pokok Hempap Dua Kereta di Alor Setar, Dua Nyaris Maut

Pokok Hempap Dua Kereta di Alor Setar, Dua Nyaris Maut

May 17, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter

DUA lelaki berdepan detik genting apabila kereta dipandu dihempap sebatang pokok di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah pada jam 3.40 petang, semalam. Mangsa ialah Ismail Yaakob, 61, dan Miswan Syah Dasnir, 38 yang kedua-duanya tidak mengalami kecederaan.

Ismail mendakwa dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sri Derga sebelum pokok tiba-tiba tumbang menimpa Perodua Kelisa dipandunya ketika sedang berhenti di simpang jalan.

Ismail berkata, dia terdengar jeritan kuat dari kedai makan berdekatan sebelum satu dentuman kuat kedengaran yang memaksanya keluar dari kereta menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan jam 3.43 petang dan mendapati sebatang pokok tumbang menghempap dua kereta.

Kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar orang awam dari kereta masing-masing sebelum anggota penyelamat sampai di lokasi.

Pokok Tumbang di Kedah7
Pokok Tumbang di Kedah8
Pokok Tumbang di Kedah9
Pokok Tumbang di Kedah10
Pokok Tumbang di Kedah11
Pokok Tumbang di Kedah12
Pokok Tumbang di Kedah13
Pokok Tumbang di Kedah14

SUMBER: Kosmo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Pokok Tumbang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev