• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat 3S Proton EON Banting Dinaik Taraf, Kini Lebih Luas, Moden dan Selesa!

Pusat 3S Proton EON Banting Dinaik Taraf, Kini Lebih Luas, Moden dan Selesa!

May 27, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SUBSIDIARI penuh DRB-HICOM Berhad, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), melancarkan Pusat 3S Proton EON yang dinaik taraf dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan di Banting, Selangor.

Pusat servis baharu itu sebelum ini hanya beroperasi sebagai bilik pameran, dan kini dinaik taraf untuk menawarkan perkhidmatan 3S membabitkan jualan, perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti.

Dengan jumlah pelaburan RM6 juta untuk kerja baik pulih dan naik taraf, Pusat 3S Proton EON Banting kini menawarkan pengalaman dipertingkat menerusi jualan digital dan perkhidmatan selepas jualan dalam bilik pameran lebih luas yang moden dan selesa.

Ruang parkir luas juga disediakan bagi meningkatkan keselesaan pengguna.

Pusat 3S itu dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EON, Akkbar Danial, (foto atas tengah) yang juga Ketua Edaran Automotif DRB-HICOM, yang turut dihadiri Naib Presiden Proton Edar Sdn Bhd untuk Jualan dan Perkhidmatan Selepas Jualan, Edmund Lim, dan beberapa pegawai pengurusan EON, Proton dan DRB-HICOM.

Pembukaan Pusat 3S Proton EON Banting menggariskan fokus berterusn Proton dalam menambah baik perkhidmatan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

Ini seiring dengan pendirian kami sebagai pengedar pelbagai jenama terbesar di Malaysia. Akkbar berkata;

Bilik pameran yang diubah suai dan diperbaharui baharu ini membolehkan kami meningkatkan permainan dari segi pengamalan pelanggan, manakala lokasi strategik akan memberikan lebih keselesaan buat penduduk di Banting dan kawasan sekitar untuk akses ke Pusat 3S ini sama ada untuk membeli kereta baharu atau perkhidmatan selepas jualan."

TENTANG PUSAT 3S EON PROTON BANTING

Berikut fakta mengenai  Pusat 3S Proton EON Banting:

  • Dibina atas kawasan 18,775 kaki persegi dengan keluasan pusat servis seluas 12,347 kaki persegi.
  • Mampu menempatkan lapan unit model Proton.
  • Dilengkapi 10 ruang servis dengan teknologi termaju untuk pelbagai model Proton.
  • Pelanggan mendapat manfaat daripada inisiatif digitalisasi EON menerusi pengenalan platform Pengurusan Tenaga Kerja (WFM) yang membolehkan pelanggan membuat janji temu servis kenderaan secara atas talian dan merasai kemas kini servis secara masa nyata.
  • Pelanggan yang berminat membeli kereta baharu boleh melakukan secara atas talian di laman web www.eon.com.my.

Sebagai makluman, EON sudah memberikan perkhidmatan kepada pelanggan Proton di Bantiang sejak 1998, dan meletakkan premis itu sebagai rakan automotif dipercayai dalam kalanngan komuniti bandar itu.

Sempena ulang tahun EON ke-45, pembukaan Pusat 3S Proton EON Banting adalah bukti kepada legasi cemerlang yang ditempuhi. Justeru pelanggan dijemput menyaksikan model-model terbaharu dalam suasana persekitaran yang selesa, selain menikmati pengalaman membeli kereta menyeronokkan.

Waktu Operasi Bilik Pameran

  • 8.30 pagi - 5.30 petang: Isnin - Sabtu
  • 10 pagi - 4 petang: Ahad dan cuti umum
Waktu Operasi Pusat Servis
  • 8.30 pagi - 5.30 petang: Isnin - Jumaat
  • 8.30 pagi - 1 tengah hari: Sabtu
  • Tutup: Ahad dan cuti umum
pusat-3s-eon-banting-bg
3s-eon-proton-banting-4
3s-eon-proton-banting-3
3s-eon-proton-banting-2
3s-eon-proton-banting-1
3s-eon-proton-banting-6
3s-eon-proton-banting-5
3s-eon-proton-banting-7

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akkbar Danial, Auto Terkini, Pusat 3S EON Proton Banting, Pusat 3S Proton EON

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev