• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 7 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Mazda3 GVC (2017)

7 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Mazda3 GVC (2017)

April 27, 2017 By Abang GYL 3 Comments

740
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DALAM usaha memastikan pengguna menerima kenderaan terbaik, Bermaz Motor memperkenalkan Mazda3 GVC ke pasaran Malaysia. Sedan segmen-C ini hadir dalam tiga varian - Sedan GL, Hatchback dan Sedan High (spesifikasi tinggi) - di mana model pemasangan tempatan (CKD) daripada kilang Inokom di Gurun, Kedah itu dijual pada harga bermula RM113,998.79.

Teknologi GVC atau lebih dikenali G-Vectoring Control (Kawalan Pemvektoran-G) yang ada pada Mazda3 mampu menawarkan pemanduan lebih mantap dan stabil dalam pelbagai kondisi jalan raya. Malah, menerusi teknologi ini, sedan ini mampu mengurangkan Daya-G atau G-Force ke atas pemandu dan penumpang serta memberikan tahap NVH (kebisingan, getaran dan kekasaran) dalam kabin yang lebih senyap.

Selain Mazda3, beberapa model lain turut dipadankan teknologi GVC, antaranya Mazda6 dan CX-3.

1. HARGA

  • Mazda3 GVC 2.0 Skyactiv Sedan GL - RM113,598.79
  • Mazda3 GVC 2.0 Skyactiv Sedan High - RM129,012.19
  • Mazda3 GVC 2.0 Skyactiv Hatchback High - RM132,094.87

* Harga termasuk GST, insurans dan cukai jalan

2. ADA 4 PILIHAN WARNA

  • Artic White (putih)
  • Meteor Grey Mica (kelabu)
  • Aluminium Metallic (perak)
  • Blue Reflex Mica (biru)

3. WARANTI 5 TAHUN

  • Sama seperti barisan model lain, Mazda3 GVC didatangkan waranti 5 tahun, atau 100,000km (mana tiba dahulu)

4. SERVIS PERCUMA

  • Semua pembeli Mazda3 GVC bakal menikmati servis percuma selama tiga tahun atau 60,000km. Maksudnya, anda tidak perlu bayar semasa menghantar kereta disenggara di pusat servis sah.

5. REKABENTUK LEBIH BERGAYA

mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc

Mazda3 GVC menampilkan rekaan lebih bergaya dan maskulin. Berbanding versi terdahulu, Mazda3 GVC menerima beberapa penambahbaikan bahagian luaran dan dalaman. Antaranya:

  • Gril depan baharu
  • Lampu utama LED
  • Bampar belakang baharu dengan lampu kabus LED (hatchback)
  • Stereng diperkemaskan
  • Panel meter lebih bergaya
  • Brek parkir elektronik

BACA >>> Mazda SkyActiv Generasi ke-2 - Enjin Tanpa Palam Pencucuh, Mampu Pergi 30km/liter

6. ENJIN KEKAL SAMA

Daripada aspek mekanikal, nadi terbenam di sebalik bonet depan Mazda3 GVC masih kekal sama seperti versi terdahulu dengan enjin SKYACTIV-G bersesaran 2.0L. Padanan kotak gear automatik 6-kelajuan SKYACTIV-DRIVE membolehkan sedan ini menghasilkan kuasa maksimum 162hp pada 6,000rpm dan tork 210Nm (4,000rpm).

BACA >>> Mazda3 Mazdasports Edisi Khas Lebih Bergaya & Sporty - Hanya Tambah RM9,880

7. CIRI KESELAMATAN PREMIUM

mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
  • 6 beg udara
  • Mazda i-ACTIVSENSE
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek ELektronik (EBD)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • ISOFIX

Jika mahu memandu uji Mazda3 GVC, anda dijemput hadir ke ruang parkir Pusat Konvensyen Setia City bermula 28 April (esok) hingga 1 Mei ini. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda!

BACA >>> #Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 1]: Bagaimana Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS) Bekerja?

BACA >>> #Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 2]: Kawalan Suluh-Tinggi (HBC) Buat Pemanduan Malam Lebih Tenang, Selamat

BACA >>> #Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 3]: Kawalan Jelajah Radar Mazda (MRCC) Kekalkan Jarak Memandu Selamat

BACA >>> #Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 4]: Sistem Pemantauan Kenderaan Belakang (RVM) Bantu Memotong Lebih Rileks

GALERI

mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc
mazda3 gvc

Related

740
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: bermaz Motor, G-Vectoring Control, harga mazda3, Harga Mazda3 GVC (2017), Mazda Malaysia, Mazda3 CKD, Mazda3 GVC, Roda4, sedan segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev