• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / NETA AYA Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Rakyat Malaysia?

NETA AYA Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Rakyat Malaysia?

April 29, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


NETA Auto Malaysia sedang membangunkan sebuah kilang di Negeri Sembilan yang akan menjalankan aktiviti pemasangan tempatan (CKD) dua model kenderaan elektrik (EV) jenama China iaitu NETA AYA dan NETA X, bermula seawal tahun 2025.

Semasa kunjungan ke China baru-baru ini, penulis berpeluang melihat dua model itu secara dekat dalam satu lawatan ke bilik pameran pengedar NETA Auto di Beijing. Artikel ini akan memberi tumpuan kepada NETA AYA manakala NETA X akan dipaparkan dalam satu laporan berasingan.

NETA AYA ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak EV yang dilancarkan tahun lalu di China serta sudah mula dihasilkan di Thailand (dikenali sebagai NETA V-II). Ini adalah perincian model itu untuk pasaran China:

  • SUV dengan lima tempat duduk yang dibalut dengan material PVC premium jenis lembut.
  • Trenkuasa elektrik motor tunggal pacuan roda depan. Kapasiti bateri jenis LFP ialah 40.7kW.
  • Output kuasa 70kW dengan tork 150Nm. Masa pecutan 0-50kmj ialah kira-kira 4.1 saat dan kelajuan maksimum 101kmj.
  • Masa mengecas standard enam hingga lapan jam manakala pengecasan pantas sekitar 30 minit.
  • Jarak pemanduan maksimum mengikut kitaran NECD ialah 401km.
  • Ada dua mod pemanduan iaitu Standard dan Sport. Mod roda stereng cuma satu iaitu Standard.
  • Dimensi panjang 4,070mm, lebar 1,690mm dan tinggi 1,540mm. Jarak roda 2,420 dengan jarak bumi 150mm. Berat kasar 1,180kg.
  • Sistem brek cakera untuk roda depan dan belakang.
  • Rim aloi 16 inci dengan tayar saiz 185/55.
  • Papan pemuka dilengkapi skrin digital 14.6 inci yang ada sambungan Apple CarPlay.
  • Tempat duduk pemandu boleh laras enam peringkat secara manual.
NETA AYA - 49
NETA AYA - 53
  • Stereng ada konsol butang kawalan pelbagai fungsi. Tuil gear ditempatkan di sebelah kiri belakang stereng mirip kereta EV smart dan Mercedes-Benz.
  • Ciri lain termasuk sistem kemasukan tanpa kunci, pengecas wayarles untuk telefon pintar dan V2L.
  • Ruang but belakang 335 liter dan boleh dikembangkan kepada 588 liter dengan merebahkan kerusi belakang.
  • Ciri keselamatan termasuk sistem ADAS Tahap 2 dengan Kawalan Jelajah Adaptif Kelajuan Penuh, Pembrekan Kecemasan Automatik, Bantuan Kekal Lorong, Amaran Keluar Lorong, Amaran Perlanggaran Depan, Bantuan Trafik Sesak, Bantuan Jelajah Pintar dan Lampu Depan Adaptif.

Aspek keselamatan dan kemudahan lain ialah:

  • Beg udara hadapan
  • Brek Parkir Elektrik
  • Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar
  • Bantuan Kekal Bukit
  • Bantuan Turun Bukit
  • Sistem Brek Anti-Kunci
  • Kawalan Kestabilan Elektronik
  • Brek Pegun
  • Radar Belakang
  • Kamera Undur
  • Newbie Care
NETA AYA - 6
NETA AYA - 31
NETA AYA - 40
NETA AYA - 35
NETA AYA - 34
NETA AYA - 33
NETA AYA - 32
NETA AYA - 71
NETA AYA - 4
NETA AYA - 39
NETA AYA - 8
NETA AYA - 14
NETA AYA - 15
NETA AYA - 22
NETA AYA - 27
NETA AYA - 28
NETA AYA - 29
NETA AYA - 30
NETA AYA - 18
NETA AYA - 19
NETA AYA - 3
NETA AYA - 11
NETA AYA - 45
NETA AYA - 52
NETA AYA - 53
NETA AYA - 50
NETA AYA - 26
NETA AYA - 25
NETA AYA - 60
NETA AYA - 48
NETA AYA - 46
NETA AYA - 47
NETA AYA - 65
NETA AYA - 43
NETA AYA - 63
NETA AYA - 49
NETA AYA - 12
NETA AYA - 61
NETA AYA - 21
NETA AYA - 62
NETA AYA - 24
NETA AYA - 66
NETA AYA - 67
NETA AYA - 68
NETA AYA - 70

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kenderaan Elektrik (EV), NETA Auto, NETA AYA, NETA V-II, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev