• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MForce Bike Bakal Lancar Cruiser VOGE CU 525 Versi CKD Mei Ini?

MForce Bike Bakal Lancar Cruiser VOGE CU 525 Versi CKD Mei Ini?

April 19, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JENAMA motosikal baharu VOGE dijangka memasuki pasaran Malaysia secara rasmi bulan depan dan antara model bakal diperkenalkan ialah VOGE CU 525.

Tergolong dalam segmen cruiser, ketibaan model VOGE CU 525 bakal menggugat beberapa model popular dalam pasaran domestik seperti Honda Rebel dan Modenas Vulcan.

Semua orang tahu, MForce Bike Holdings (MForce Bike) terkenal sebagai pakar strategi harga yang membolehkan lebih ramai pengguna mencapai impian memiliki motosikal idaman masing-masing pada harga lebih mampu milik.

Penulis menjangka model itu akan diperkenalkan di acara Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS, Serdang penghujung Mei ini seiring pengenalan dua lagi jenama baharu di bawah MForce Bike.

Berikut perincian VOGE CU 525 di pasaran luar:

  • VOGE ialah jenama motosikal premium di bawah LONCIN dan model CU 525 membuat debut di Pameran Motosikal Beijing pada Mei 2023.
  • Enjin jenis 2-silinder sebaris sejukan cecair yang dipasang pada VOGE CU 525 memiliki kapasiti 494cc iaitu lebih besar berbanding Honda Rebel (471cc).
  • Kapasiti enjin itu sebenarnya sudah ditingkatkan berbanding trenkuasa lama siri 500 (471cc).
  • Output kini mencapai 53.1hp berbanding 46.3hp (enjin siri 500). Tork puncak 50.5Nm dan kelajuan maksimum dikatakan 160kmj.
  • Beberapa laporan mendakwa rekabentuk dan susun atur enjin VOGE seakan-akan Honda (LX268MR) tetapi memiliki saiz gerek dan lejang lebih besar berbanding jenama Jepun itu.
  • Ada dua versi CU 525 diperkenalkan di China menggunakan nama kod LX500-3 (pacuan rantai) dan LX500-3A (pacuan tali sawat)
  • Lampu depan jenis LED mengetengahkan bentuk bujur, begitu juga lampu signal depan dan belakang.
  • Bar hendal jenis lebar dengan cermin sisi dipasang di bahagian penghujung.
  • Fork jenis terbalik (USD) 41mm dengan suspensi belakang berkembar. Honda Rebel dan Kawasaki Eliminator pula menggunakan fork teleskopik biasa.
  • Berat motosikal cuma 178kg dan boleh membawa muatan termasuk penumpang tidak lebih 328kg.
  • Rim aloi saiz 16 inci dengan tayar 130/90 (depan) dan 150/80 (belakang).
  • Dimensi panjang 2,225mm, lebar 845mm dan tinggi 1,105mm.
  • Jarak roda 1,480mm. Ketinggian tempat duduk 710mm.
  • Brek cakera tunggal jenama J.Juan dan dilengkapi teknologi Sistem Brek Anti-Kunci dan Kawalan Cengkaman (TCS).
  • Tiga pilihan warna iaitu hitam, hijau dan biru.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Loncin, MForce Bike Holdings (MForce Bike), roda2, Voge, VOGE CU 525

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev