• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Projek CKD NETA Mula 2025, Dua Model EV Baharu Sudah dalam Senarai

Projek CKD NETA Mula 2025, Dua Model EV Baharu Sudah dalam Senarai

April 18, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


RAMAI pengunjung tidak melepaskan peluang melihat model NETA V secara dekat ketika debut kenderaan elektrik (EV) itu  di pameran Malaysia Autoshow 2023, Mei lalu.

Hebahan dibuat mengatakan tempahan diterima sudah mencapai 100 unit dalam tempoh beberapa hari saja. Manakan tidak, EV itu cuma berharga sekitar RM100,000 dan pembeli pula diberikan pelbagai insentif menarik. Pelancaran rasmi NETA V dijadualkan dibuat 25 Oktober 2023.

SIAPA NETA, SUDAH LAMAKAH WUJUD?

  • NETA ialah jenama kenderaan EV dari China dan dimiliki syarikat Hozon New Energy Auto Co Ltd (Hozon).
  • Hozon ditubuhkan pada 2014, manakala jenama NETA Auto pula diperkenalkan pada 2018 denga model pertama NETA N01.
  • Pada 2020, NETA Auto memperkenalkan model NETA U dan V sebelum ketibaan NETA S (2022).
  • Tiga model baharu NETA GT, AYA dan X diperkenalkan tahun lalu di China.

SIAPA URUS NETA DI MALAYSIA?

Jenama NETA di Malaysia sebenarnya diuruskan GoAuto dan Careplus menerusi satu pakatan usahasama yang menyaksikan pembentukan dua subsidiari lain iaitu:

  • NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB): Menguruskan semua aktiviti kilang termasuk pembuatan dan pengeluaran kenderaan.
  • Intro Synergy Sdn Bhd (ISSB): Menguruskan hal pengedaran dan jualan kenderaan NETA.

NETA NAK JADI PEMAIN SERIUS ATAU…

Pengenalan jenama NETA hanya melibatkan satu model tunggal yang disifatkan sebagai kenderaan EV 'bajet' ke pasaran Malaysia. Ini pendekatan yang dilihat menyimpang dari senario semasa.

Umum mengetahui golongan pembeli EV negara ini lebih menumpukan pembeli yang ada sumber kewangan kukuh atau berpendapatan sederhana-tinggi dengan 'mindset' berbeza.

Malah, EV masih dilihat sebagai kenderaan gaya hidup, dan ada yang menganggap sebagai 'mainan orang kaya'. Namun perlu diakui ketibaan EV jenama lain China (seperti BYD dan GWM) dan Tesla banyak membantu pertumbuhan dan penerimaan segmen EV di Malaysia.

Apa Pula Cerita NETA?

Sekumpulan 'orang kuat' GoAuto dan NETA Auto mengadakan satu pertemuan eksklusif bersama sekumpulan media di Careplus Mall Seremban semalam untuk sesi perkongsian maklumat.

Maklumat dikongsi membawa satu mesej, iaitu NETA tetap kekal di pasaran Malaysia. Strategi mereka jelas iaitu membawa masuk lebih banyak model dan menjalankan aktiviti pembuatan model pemasangan tempatan (CKD).

Dua model yang akan diperkenalkan tidak lama lagi ialah NETA X dan NETA AYA. Khabarnya, dua model itu akan membuat penampilan sulung bersama pratonton NETA GT di Malaysia Autoshow 2024, Mei ini.

Import Dulu, CKD Kemudian

Peringkat awal, dua model (NETA X dan AYA) akan diimport masuk ke Malaysia, sama seperti NETA V. Proses pemasangan tempatan (CKD) hanya akan dilakukan selepas kilang NMSB siap dibina di Chembong, Rembau di Negeri Sembilan.

Majlis pecah tanah dilakukan awal tahun ini dan projek pembinaan kilang NMSB merangkumi tiga fasa yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2028.

  • Fasa pertama: Dijangka awal 2025 (suku pertama) melibatkan barisan pengeluaran, termasuk logistik dan laluan trek ujian.
  • Fasa kedua: 2026, membabitkan bahagian pemasangan badan dan cat.
  • Fasa ketiga: Pemasangan pek bateri elektrik dan tempaan bermula 2028.

Kapasiti pengeluaran setahun ialah 30,000 unit untuk satu syif dan boleh dipertingkat kepada 50,000 unit (dengan dua syif kerja). Bagaimanapun, jumlah pengeluaran NETA dihadkan 10,000 unit setahun, tetapi boleh dipertingkat jika perlu.

Fasiliti itu juga akan terlibat dalam pembuatan model NETA untuk pasaran Malaysia dan juga eksport, membabitkan model X dan AYA.

Ini kerana kilang berkenaan akan menawarkan baki kapasiti pengeluaran kepada mana-mana pihak yang berminat memasang kenderaan CKD di fasiliti sama.

Buat masa ini, GoAuto masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa pihak untuk projek CKD di kilang tersebut. Antara sudah menunjukkan minat ialah EV jenama Skyworth dari China.

Perlu diingatkan, kilang itu tidak hanya memberi tumpuan kepada pemasangan EV CKD semata-mata, tetapi terbuka kepada semua kenderaan berstatus tenaga baharu seperti enjin pembakaran dalaman (ICE) dan motosikal.

neta - 18
neta - 20
neta - 17
neta - 13
neta - 15
neta - 16
neta - 12
neta - 11
neta - 1
neta - 7
neta - 5

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GoAuto Group, Hozon New Energy Auto Co Ltd, Malaysia Autoshow 2024, NETA Auto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev