• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Tayar Kenderaan Elektrik Lebih Cepat Haus

#TahukahAnda: Tayar Kenderaan Elektrik Lebih Cepat Haus

March 29, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

KENDERAAN elektrik (EV) semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna Malaysia, didorong dengan ketibaan pelbagai model dan jenama dari China. Tidak lupa juga Tesla yang membantu menambah lagi bilangan EV di jalan raya awam.

Berdasarkan kenyataan Zero Emissions Vehicle Association (ZEVA) bulan lalu, Malaysia mencatat jualan sebanyak 13,257 unit kenderaan EV tahun lalu. Ini menandakan ada sekurang-kurangnya 16,763 unit kenderaan EV di jalan raya tempatan.

Kenderaan EV sememangnya 'diangkat' sebagai kenderaan masa hadapan yang membawa lebih banyak manfaat kepada alam sekitar, tidak memerlukan bahan api fosil selain menawarkan kos penyelenggaraan lebih rendah.

Bagaimanapun, ada sebilangan pemilik mula sedar tayar kenderaan EV mereka lebih cepat haus berbanding tayar kenderaan biasa.

Perkara itu sudah diakui Michelin dengan menyatakan tayar kenderaan EV lebih cepat haus iaitu 20 peratus lebih tinggi berbanding tayar kenderaan pembakaran dalaman (ICE).

MENGAPA TAYAR EV CEPAT HAUS

Tayar kenderaan EV direka dengan mengutamakan corak bunga tayar, kompaun getah dan busa serapan bunyi. Ini membantu tayar EV mencapai 'kecekapan tenaga lebih baik, mengurangkan rintangan dan lebih senyap'.

Bagaimanapun, kenderaan EV juga menawarkan hantaran tork lebih cepat ke roda dan membolehkan pecutan pantas dari titik pegun.

Ini menjadikan pemanduan EV lebih seronok tetapi meningkatkan stress pada tayar pada masa sama meningkatkan geseran atas tar yang mempercepatkan kadar haus tayar.

Kenderaan EV penuh yang didatangkan bersama pek bateri adalah lebih berat berbanding kenderaan ICE. Ada laporan menyatakan purata berat pek bateri sahaja hampir 450 kilogram. Model 'Long-Range' atau 'High-End' mungkin lebih berat kerana menggunakan pek bateri lebih besar.

SUMBER: News Nation

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, tayar EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my