• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Akhiri 2023 Dengan Untung Lebih Tinggi, 2 Tahun Berturut Catat Hasil Lebih 1 Bilion Euro

Ducati Akhiri 2023 Dengan Untung Lebih Tinggi, 2 Tahun Berturut Catat Hasil Lebih 1 Bilion Euro

July 6, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Mungkin inilah masa emas buat Ducati yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam sukan permotoran dan perniagaan.

Untung kendalian (operating profit) pada tahun fiskal 2023 merupakan yang terbaik buat Ducati dengan jumlah 112 juta euro (RM575 juta) dan keberuntungan syarikat meningkat 10.5 peratus berbanding 2022.

Prestasi tersebut bukan kebetulan tetapi hasil keputusan strategik yang dibuat pada tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun menghadapi peningkatan saingan di peringkat antarabangsa dan kesukaran di pasaran China, hasil (revenue) pada 2023 mencecah 1.065 bilion euro (RM5.496 bilion).

Angka itu menurun berbanding 1.089 bilion euro (RM5.598 bilion) yang dicapai pada 2022. Di sebalik penurunan, Ducati sudah dua tahun berturut-turut mencatat hasil melebihi 1 bilion euro (RM5.13 bilion).

Pada 2023, sebanyak 58,224 unit motosikal diserahkan kepada Ducatisti di serata dunia.

Walaupun berkurangan berbanding 61,562 unit pada 2022, prestasi 2023 tetap mencatat rekod dan menduduki tangga tiga terbaik dalam sejarah jumlah jualan.

Di dalam sukan permotoran, Ducati menjadi juara MotoGP dan WorldSBK buat tahun kedua berturut-turut.

Untuk 2024, Ducati menghidangkan tujuh model baharu seperti Hypermotard 698 Mono yang merupakan langkah sulung di dalam segmen supermoto silinder tunggal.

DesertX Rally mengangkat keupayaan off-road DesertX ke aras lebih tinggi dengan perkakasan yang lebih tertumpu pada kelasakan atau untuk dibelasah di laluan off-road.

Lagi model seperti Multistrada V4 RS dengan enjin Desmosedici Stradale yang menggabungkan dunia kembara dan super sport bike dalam satu model.

Multistrada V4 S Grand Tour dibuat untuk penunggang yang gemar berjalan jauh.

Buat pelanggan yang mahukan model istimewa, Ducati menyediakan bukan satu tetapi dua edisi terhad iaitu Panigale V4 SP2 30° Anniversario 916 dan Monster 30° Anniversario yang masing-masing dibuat 500 buah sahaja.

Satu lagi model yang eksklusif dan bukan untuk calang-calang pelanggan ialah Ducati Diavel for Bentley yang dihadkan kepada 500 buah dan tambahan 50 buah untuk pelanggan Bentley.

Claudio Domenicali - CEO Ducati
Kilang Ducati Motor Holding
Ducati Diavel for Bentley 2024
Ducati Monster 30° Anniversario
Ducati DesertX Rally 2024
Ducati Multistrada V4 S Grand Tour 2024
Ducati Hypermotard 698 Mono dan Hypermotard 698 Mono RVE

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ducati

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev