• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMWT Anjur Pameran 'Beyond Zero', Pamer 17 Model Kenderaan Masa Depan

UMWT Anjur Pameran 'Beyond Zero', Pamer 17 Model Kenderaan Masa Depan

February 21, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


UMW Toyota Motor (UMWT) mengadakan pameran untuk mengetengahkan inisiatif 'Beyond Zero' di Taman Teknologi Malaysia (TPM) bermula hari ini hingga 28 Februari 2024.

'Beyond Zero' ialah satu langkah selaras dengan matlamat global Toyota ke arah karbon neutral menjelang tahun 2050. Acara itu dirasmikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.

Di lokasi tersebut, pengunjung boleh menyaksikan barisan kenderaan mesra alam Toyota berasaskan tiga kategori utama:

  • Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV)
  • Kenderaan Elektrik Bateri (BEV)
  • Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api (FCEV)

APAKAH BEZA HEV, PHEV, BEV DAN FCEV?

FCEV: Sumber kuasa elektrik terhasil menerusi tindak balas kimia hidrogen dan oksigen untuk memacu motor gerak. Kenderaan FCEV boleh bergerak tanpa pelepasan emisi karbon.

BEV: Kenderaan dilengkapi pek bateri yang menghantar kuasa elektrik untuk menggerakan unit motor dan semasa perjalanan, kenderaan BEV tidak melepaskan emisi karbon.

HEV atau PHEV (plug-in hybrid): Kenderaan hibrid yang masih menggunakan trenkuasa berasaskan petrol atau diesel dengan sistem motor. Gabungan enjin dan motor membantu mencapai penggunaan rendah bahan api. Masih ada pelepasan emisi karbon.

PAMERAN PELBAGAI MODEL

Kenderaan mesra alam daripada tiga kategori (FCEV, BEV dan HEV/PHEV) yang dipamerkan di Taman Teknologi Malaysia adalah seperti berikut:

  • FCEV: Trak tugas ringan, Corolla Cross H2, Hilux, Mirai, Sora dan GranAce.
  • BEV: Hilux Revo e, bZ4X, e-Palette Concept, C+POD dan Lexus RZ
  • HEV: Alphard 2.5L, Camry 2.5L, Innova Zenix 2.0L, Vellfire 2.5L, Corolla Cross 1.8L HEV dan Prius 24H Le Mans Centennial GR Edition.

Selain pameran kenderaan, UMWT juga mengetengahkan beberapa produk model berasaskan teknologi sama seperti:

  • Generator kuasa hidrogen (Hydrogen Power Generator)
  • Modul sel bahan api (Fuel Cell Module)
  • Dron sel bahan api (FC Drone)

APA KATA PRESIDEN UMWT?

Datuk Ravindran K ketika berucap berkata;

Kami mengakui wujudnya pelbagai cabaran dan peluang seluruh negara dalam usaha kami memperjuangkan pendekatan berbilang laluan (multi-pathway) dan melaksanakan tindakan kitar hayat yang sesuai supaya selari setiap kepentingan nasional dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara.

“Menyedari keunikan landskap industri automotif Malaysia, dan kedudukannya sebagai hab pengeluaran elektrik dan elektronik utama di Asia Tenggara, adalah penting kami meletakkan diri di kedudukan sewajarnya dalam perjalanan ini.”

TOYOTA TONGGAK ELEKTRIFIKASI MASSA MALAYSIA

Tidak ramai tahu, UMWT bukan pemain baharu dalam kenderaan mesra alam di negara ini. Malah HEV edaran firma itu mendapat sambutan hangat pengguna tempatan.

UMWT sudah menjual sekitar 41,600 unit kenderaan HEV sejak 2009 yang menyumbang kepada penyahkarbonan, iaitu penyerapan kira-kira 150,000 tan karbon dioksida (CO2), sama seperti 500,000 batang pokok.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev