• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri Indonesia: "Kita Akan Cuba Duduk Semeja Bangunkan Standard untuk Produk Ekzos"

Menteri Indonesia: "Kita Akan Cuba Duduk Semeja Bangunkan Standard untuk Produk Ekzos"

February 14, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PIHAK berwajib Indonesia akan duduk bersama dan merangka piawaian ekzos supaya komponen yang dihasilkan perusahaan kecil dan sederhana (SME) di negara itu menepati Standard Nasional Indonesia (SNI).

Perkara itu dijelaskan Menteri Koperasi dan SME Indonesia, Teten Masduki selepas satu pertemuan dengan Pengerusi Persatuan Ekzos Indonesia (AKSI), Asep Hendro dan beberapa wakil lain.

Secara amnya, banyak syarikat mikro dan SME dalam bidang pembuatan ekzos kenderaan diserbu Polis Indonesia kerana pengusaha dipercayai menghasilkan sistem ekzos bising atau brong.

Asep menyuarakan masalah yang dihadapi pengusaha terlibat dan mencari jalan penyelesaian terbaik termasuk mengetengahkan keperluan menetapkan standard untuk komponen ekzos.

Teten membuat pengakuan bahawa di Indonesia, memang tidak ada peraturan standard atau piawaian berkait ekzos. Malah daripada pelbagai komponen automotif, cuma sembilan komponen ada piawaian SNI.

Beliau berkata:

Kami akan cuba duduk bersama dengan pembuat dasar lain seperti Badan Standardisasi Nasional (BSN), Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK), Kementerian Industri, Kementerian Pengangkutan dan Polis Indonesia untuk merangka penstandardan produk ekzos automotif."

Teten menyatakan memang ada sebilangan kes penggunaan ekzos yang mengganggu keselesaan awam disebabkan ketiadaan standard SNI untuk komponen itu.

Pada masa sama, beliau mengingatkan pengusaha komponen ekzos supaya bersedia untuk mematuhi semua peraturan berkait standard ekzos kelak.

SUMBER: ANTARA

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Asep Hendro, autoterkini, isu ekzos bising, Standard Nasional Indonesia (SNI), Teten Masduki

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev