• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pendakwa Kes Pegawai Polis Langgar Calon SPM Minta Tarikh Baru Lengkapkan Dokumen

Pendakwa Kes Pegawai Polis Langgar Calon SPM Minta Tarikh Baru Lengkapkan Dokumen

February 7, 2024 By Han Othman Leave a Comment

29
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAHKAMAH Majistret Ipoh hari ini menetapkan 21 Mac untuk sebutan semula kes pegawai kanan polis yang dituduh membunuh seorang pelajar sekolah menengah, Disember lalu.

Majistret S Punitha membuat keputusan selepas pihak pendakwa diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz meminta tarikh baharu bagi melengkapkan dokumen pendakwaan.

polis-langgar-pelajar-sekolah-spm-ipoh-1
polis-langgar-pelajar-sekolah-spm-ipoh-4

Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, hadir di mahkamah dengan berjaket hitam berpenutup kepala dan pelitup muka sambil diiringi polis pada jam kira-kira 9 pagi.

Tertuduh diwakili peguam Jacky Loi Yap Loong dan Lim Chi Chau, manakala keluarga mangsa diwakili peguam pemerhati Datuk Wan Azmir Wan Majid.

Menurut Wan Azmir, dokumen yang mahu dilengkapkan ialah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC) melibatkan maklumat pertuduhan, laporan forensik, keterangan dan video untuk pembuktian kes dan salinan kepada pihak pembelaan.

Pada 18 Disember lalu, Mohd Nazri yang berpangkat DSP didakwa atas pertuduhan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Ipoh antara jam 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari.

Dalam insiden 15 Disember tahun lalu, mangsa yang menunggang motosikal dilaporkan dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati dekat SMK Taman Jati, dipercayai dipandu seorang pegawai kanan polis.

SUMBER: Bernama

Related

29
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mohd Nazri Abdul Razak, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, Polis Langgar Budak Sekolah, Polis Langgar Calon SPM, SMK Jati

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev