• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MAN Malaysia Serah Bas Dek Kembar dengan Ciri ADAS kepada Super Nice Express

MAN Malaysia Serah Bas Dek Kembar dengan Ciri ADAS kepada Super Nice Express

February 5, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MAN Truck & Bus (MAN Malaysia) menyerahkan koc dek kembar pertama yang hadir dengan teknologi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) kepada syarikat bas ekspres Super Nice Express.

Kos terbaharu itu adalah sebahagian 10 unit koc jenama MAN yang masing-masing melibatkan lima unit jenis dek kembar dan dek tunggal dengan setiap satu dilengkapi ciri ADAS.

Koc terbaharu itu dibangunkan menggunakan casis koc tiga gandar RR5 dengan rekabentuk badan TX9 dikemas kini pembina badan koc, TACT Coach Seat & Manufacturing.

7 CIRI ADAS BAS MAN

Ada tujuh ciri ADAS penting yang didatangkan bersama koc itu, iaitu Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Keluar Lorong (LDW), Program Stabiliti Elektronik (ESP), Pemantau Tekanan dan Suhu Tayar (TPM), Pengaktifan Lampu Pandu Automatik (ADLA) dan Kawalan Wiper Automatik (AWC).

  • EBA: Aktif dengan mengurangkan tork enjin, mengaktifkan lampu brek, menyah aktif ACC, meningkatkan tekanan brek dan mengaktifkan brek sepenuhnya jika perlu.
  • ACC: Membantu mengelakkan risiko kemalangan dengan mengekalkan jarak selamat kenderaan lain dalam  trafik sesak. Sensor radar akan membaca pergerakan kenderaan depan, mengekalkan halaju diingini, dan melaraskan kelajuan serta jarak pemanduan secara automatik.
  • LDW: Menggunakan kamera untuk mengesan garisan lorong kiri dan kanan jalan, mengeluarkan bunyi amaran akustik atau haptik jika kenderaan melepasi tanda laluan apabila pemandu tidak mengaktifkan lampu signal belok.
  • ESP: Mengurangkan kemungkinan bas terbalik ketika pergerakan kecemasan. Unit sensor memantau halaju kenderaan, input stereng dan kelajuan setiap roda dan secara selektif menggunakan brek pada roda tertentu untuk mengekalkan kawalan dan kestabilan sepanjang masa.
  • Sensor TPM: Memantau tekanan dan suhu tayar secara berterusan. Pemantauan suhu membantu mengelakkan tayar terlalu panas yang boleh menyebabkan kebakaran atau kebocoran.
  • Sensor ADLA: Mengesan tahap pencahayaan sekeliling dan melaraskan lampu depan secara automatik.
  • AWC: Mengaktifkan wiper automatik apabila mengesan titisan hujan.

LAGI MANFAAT PENUMPANG

Penumpang yang memilih kerusi persendirian dalam bas akan menikmati kerusi graviti sifar yang menjanjikan peredaran darah optimum dan mengurangkan sakit badan. Juga ada sistem hiburan peribadi, pengecas USB dan dispenser air sejuk serta panas.

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata;

Super Nice menunjukkan pandangan jauh dalam melindungi bukan saja pemandu dan pelanggan dengan memilih melengkapkan koc MAN dengan ADAS.

"Dengan berbuat demikian, syarikat turut melindungi perniagaannya kerana sistem pemanduan canggih dan pintar ini boleh mengelakkan kemalangan yang boleh membawa kepada kos baik pulih mahal dan masa henti kenderaan tidak berjadual.”

BAS MAN ADAS - 2
BAS MAN ADAS - 3
BAS MAN ADAS - 1
BAS MAN ADAS - 6
BAS MAN ADAS - 5
BAS MAN ADAS - 7
BAS MAN ADAS - 9
BAS MAN ADAS - 8
BAS MAN ADAS - 4

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Andrew O’Brooks, bas dengan sistem ADAS, MAN Truck & Bus, Roda4, Super Nice Express, TACT Coach Seat & Manufacturing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev