• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Brek: Toyota Filipina Panggil Balik Lebih 10k Unit Veloz, Raize dan Avanza

Masalah Brek: Toyota Filipina Panggil Balik Lebih 10k Unit Veloz, Raize dan Avanza

January 17, 2024 By Shawkath Leave a Comment

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Motor Philippines (Toyota Filipina) memanggil balik 10,975 unit kenderaan membabitkan tiga model iaitu Avanza, Raize dan Veloz keluaran 2022 kerana dikhuatiri terpalit masalah komponen brek.

Perkara itu terdedah selepas Jabatan Perdagangan dan Industri Wilayah 12 berkongsi hantaran poster di media sosial mengenai kempen panggil balik Toyota Filipina.

Komponen yang dikhuatiri bermasalah ialah but pin gelangsar (slide pin boot) silinder brek cakera depan, iaitu penutup getah yang berfungsi menghalang air, kotoran dan habuk memasuki bahagian pin gelangsar.

Portal Autoindustriya menjelaskan, Toyota sudah menghantar notifikasi kepada pelanggan terjejas menerusi aplikasi myToyota.

Berdasarkan poster, masalah itu berlaku ketika kerja pemasangan dibuat yang mungkin merosakkan but pin gelangsar. Jika dibiarkan hingga air masuk ke dalam but (sarung getah), komponen itu boleh berkarat dan pad brek haus lebih cepat.

PECAHAN KENDERAAN TERJEJAS

  • Jumlah kenderaan dilaporkan terjejas: 10,975 unit.
  • Avanza: 3,119 unit keluaran 12 September hingga 11 Disember 2022.
  • Raize: 4,345 unit keluaran 12 September hingga 7 Disember 2022.
  • Veloz: 3,511 unit keluaran 12 September hingga 13 Disember 2022.

Toyota Filipina bakal menggantikan komponen pin gelangsar silinder brek cakera depan. Jika perlu, Toyota juga akan menukar mounting brek silinder, dan tiada caj dikenakan terhadap pemilik terjejas.

SUMBER: Autoindustriya | Motor-Works

Related

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Panggilan Balik, Roda4, Toyota, Toyota Motor Philippines

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev