• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Stabil Antara Punca Jualan Kenderaan Hampir 800k Unit Sepanjang 2023

Kerajaan Stabil Antara Punca Jualan Kenderaan Hampir 800k Unit Sepanjang 2023

January 16, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JUMLAH pendaftaran kenderaan di Malaysia pada tahun lalu merekodkan jumlah 799,731 unit, naik 11 peratus berbanding prestasi jualan 2022 (721,177 unit).

Tahun 2023 juga kali kedua menyaksikan jumlah keseluruhan industri (TIV) Malaysia melepasi paras 700,000 unit selepas mencipta rekod pertama pada 2022.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, pencapaian 2023 didorong subsegmen kereta penumpang, ekonomi domestik berdaya tahan dan kestabilan persekitaran sosiopolitik.

PRESTASI TIV 2023 VS 2022

Berikut data prestasi TIV bermula 2019 hingga 2023:

  • 2023: 799,731 unit
  • 2022: 721,177  unit
  • 2021: 508,883 unit
  • 2020: 529,514 unit
  • 2019: 604,281 unit

PENDORONG PRESTASI JUALAN KENDERAAN 2023

Ada lima faktor utama membantu TIV mencecah rekod jualan baharu tahun lalu iaitu:

  • Pengeluar kenderaan cuba memenuhi tempahan kereta bebas cukai (intensif pengecualian cukai), sebahagian besar didaftarkan sebelum 31 Mac 2023. Ada juga tempahan diserahkan selepas tarikh tersebut.
  • Persekitaran sosiopolitik lebih stabil berikuta pembentukan Kerajaan Perpaduan (Madani) selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
  • Ekonomi domestik berdaya tahan.
  • Pelancaran model baharu, termasuk kenderaan elektrik (EV) pada harga sangat kompetitif yang merangsang jualan.
  • Rantaian bekalan industri lebih baik.

APA MENARIK TENTANG TIV 2023

SEGMEN KENDERAAN BERPENUMPANG (PV)

  • Jumlah pendaftaran PV baharu 2023 ialah 719,160 unit, naik 12 peratus (77,003 unit) berbanding 2022 (642,157 unit).
  • Perodua dan Proton menguasai segmen PV dengan pegangan 66.9 peratus (481,300 units) pada 2023 berbanding 65.1 peratus (418,045 units) tahun sebelumnya.
  • Pengeluar bukan nasional menyaksikan jumlah jualan lebih tinggi, iaitu 237,860 unit, naik 6 peratus berbanding 2022 (224,112 unit).

SEGMEN KENDERAAN ELEKTRIK (EV)

  • Kenderaan elektrifikasi atau xEV merekodkan hampir 5 peratus daripada jumlah TIV.
  • Jualan xEV naik 69 peratus iaitu dari 22,619 unit (2022) kepada 38,055 unit.
  • Jumlah itu merangkumi 10,159 unit EV dan 28,055 unit kenderaan hibrid.

SEGMEN KOMERSIAL

  • Jualan kenderaan komersial mencatat pertumbuhan 2 peratus (1,551 unit) untuk mencecah jumlah 80,571 unit tahun lalu.

PRESTASI TIV BULANAN 2023 VS 2022

  • Sepanjang 2023, industri menyaksikan jualan kenderaan melepasi paras 70,000 unit sebulan iaitu pada Mac, Ogos, Oktober, November dan Disember.
  • Empat bulan lain bermula Mei, Jun, Julai dan September menyaksikan TIV bulanan melebihi paras 60,000 sebulan.
  • TIV bulanan terendah ialah April dengan jumlah 47,800 unit kenderaan sebulan.

APA CERITA JUMLAH PENGELUARAN INDUSTRI (TIP)?

  • Jumlah pengeluaran industri (TIP) untuk kenderaan baharu naik 10 peratus kepada 72,325 unit pada 2023 berbanding tempoh sebelumnya (2022: 702,275 unit)
  • Bagaimanapun, pengeluaran kenderaan komersial menyusut 5 peratus berbanding tahun lalu.
  • Tahun 2023 juga merekodkan TIP tertinggi buat kali kedua berturut-turut melebihi paras 700,000 unit kenderaan dan ini membantu jualan lebih tinggi tahun lalu.

APA KATA PRESIDEN MAA?

Mohd Shamsor berkata;

Terima kasih kepada Kerajaan kerana memacu negara ke arah kestabilan sosiopolitik dan mencapai banyak kejayaan, Situasi itu membolehkan bisnes berkembang dan berjaya.

"Bagi pihak semua anggota MAA, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia untuk semua sokongan dan bantuan kepada industri automotif."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Madani, Mohd. Shamsor Mohd. Zain, Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Roda4, TIP 2023, TIV 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev