• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: JPJ Selangor Kongsi Tutorial Cara Tukar Tayar Kereta Pancit

#ApaNakBuat: JPJ Selangor Kongsi Tutorial Cara Tukar Tayar Kereta Pancit

January 16, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAP kali kita melihat ada pemandu kereta memberhentikan kenderaan di bahu jalan kerana tayar pancit dengan cuba meminta, atau mengharapkan bantuan pengguna jalan raya lain untuk menukar tayar.

Memahami kesukaran yang berlaku,  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor mengambil inisiatif berkongsi maklumat tentang cara menukar ganti tayar kereta pancit menerusi laman Facebook agensi Kerajaan itu.

Poster yang dikongsi memberi tiga maklumat utama, iaitu peralatan diperlukan untuk menukar ganti tayar pancit, lokasi kedudukan tayar ganti, cara menanggalkan dan memasang semula roda.

ALAT DIPERLUKAN

  • Ada tiga komponen utama diperlukan sebelum memulakan proses menukar tayar pancit, iaitu pemutar jek kereta, spanar dan tayar ganti.

KEDUDUKAN TAYAR GANTI

  • Tayar ganti dan peralatan menukar tayar biasanya disimpan di bawah lantai but kereta.
  • Ada juga tayar ganti diletakkan di luar bahagian bawah kereta. Boleh rujuk buku manual untuk mengetahui kedudukan tayar ganti kereta.
  • Ingat, bukan semua kenderaan diberikan tayar ganti. Ada pengeluar sekadar memberikan kit bantuan baik pulih tayar.

TUTORIAL TUKAR TAYAR PANCIT

  • Pertama, sila pastikan kenderaan berhenti atas permukaan keras dan rata. Pastikan kenderaan dan anda berada di tempat selamat. Aktifkan lampu kecemasan dan letakkan segi tiga kecemasan pada jarak disarankan.
  • Jika berada di lebuh raya, hubungi operator lebuh raya untuk bantuan pasukan peronda. Jangan cuba tukar tayar sendiri di kawasan lebuh raya.
  • Jangan lupa memastikan kenderaan kekal statik dengan enjin dimatikan, brek tangan ditarik, menekan brek kaki atau menekan butang parkir elektrik (EPB).
  • Kedua, guna spanar untuk melonggarkan nat pada rim tayar pancit dengan memusing ikut arah lawan jam. Tidak perlu buka nat hingga tertanggal. Cukup sekadar semua nat longgar.
  • Ketiga, letakkan jek bawah kereta dan pastikan di posisi berdekatan tayar yang mahu ditukar ganti. Pastikan jek diletakkan atas permukaan rata dan bersentuhan bahagian bawah kereta yang sesuai, iaitu tulang kereta.
  • Pusing ikut arah jam hingga jek menolak ke atas hingga kereta diangkat dan tayar pancit tidak lagi bersentuhan dengan permukaan jalan. Cukup sekadar ada sedikit ruang untuk ditarik keluar tayar pancit itu.

  • Keempat, tanggalkan semua nat pada roda tayar pancit dan tukarkan dengan tayar ganti.
  • Kelima, pasang semula semua nat pada rim tayar ganti, tetapi tidak perlu diketatkan sepenuhnya.
  • Keenam, turunkan semula jek hingga tayar baharu diganti itu kembali menyentuh permukaan jalan. Keluarkan jek dan sekarang ketatkan semua nat menggunakan spanar. Gunakan kaki untuk mengetat kuat semua nat.
  • Simpan semula semua peralatan ke tempat asal dalam but kereta. Sebolehnya, pandu ke bengkel berdekatan atau kedai tayar untuk menampal atau mengantikan tayar pancit tersebut.
  • Ini kerana tayar ganti (jenis donat) ada had penggunaan dan tidak disarankan dipandu untuk tempoh lama atau memandu laju. Perincian tayar ganti ada di sini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: apa nak buat, autotainment, Cara tukar tayar pancit, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Roda4, Tutorial Tukar Tayar Pancit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia
    U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev